Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sungai

WAH, PAGOH DAN MUAR PUN BANYAK TEMPAT PERCUTIAN MENARIK!

Anda mungkin selalu ke Johor khususnya Johor Bahru, tapi tahukah anda bahawa daerah Pagoh dan Muar juga sebenarnya banyak juga tempat percutian menarik yang boleh dikunjungi.   Misi penjelajahan tempat percutian menarik bersama Colours of Lives Travelogue Malaysia ke bahagian Utara Johor diteruskan ke daerah Pagoh dan Muar. Destinasi pertama kami adalah ke Nasuha Herbs And Spices atau dikenali Ladang Herba Nasuha.   Tempat Percutian Menarik Semestinya Ladang Herba Nasuha  Di sini terdapat pelbagai jenis herba terbaik dengan keluasan tanah seluas 3,200 ekar. Apa yang mengagumkan, ia merupakan ladang herba dan rempah terbesar di Asia. Selain berpeluang melawat ladang herba yang telah dikomersialkan, kami juga dibawa meninjau ke tempat penginapan di ‘cabin lodge’ dan ‘dorm’ yang dikelilingi dengan pokok-pokok dan herba serta resort spa. Bukan itu sahaja, kami turut dijamu menikmati makan tengahari di Restoran Herba Nasuha yang mana hiasan dalamannya unik berkonsepkan alam semulaj...

JOM BERCUTI DI KEDESAAN NATASYA RIVERSIDE RESORT GOPENG

Bercuti tidak semestinya kita perlu pergi jauh-jauh dengan sejuta pelan perjalanan yang sukar untuk direalisasikan. Cubalah rasai keseronokan beriadah dalam suasana desa di Natasya Riverside Resort Gopeng di Kampung Jahang, Gopeng, Perak ini!   Jemputan sempena Program Bersama Media di Natasya Riverside Resort Gopeng oleh usahawan terkenal yang juga pemilik Perwanza Propeties & Trading Sdn Bhd, Dato’ Suhaimy bersama founder Natasya Skincare, Datin Muniroh  tidak dilepaskan begitu sahaja.   Meskipun baru dibuka pada bulan Mei, 2017 yang lalu, namun sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Kini 8 unit kabin jenis dua tingkat sedang dibina dan dijangka akan siap sepenuhnya sebelum 25 Disember ini.   Natasya Riverside Resort Gopeng Penginapan Yang Cukup Selesa   Di samping mahu menikmati suasana dusun yang dipenuhi dengan banyak pokok durian, mahu juga meninjau dekorasi dan keselesaan penginapan di dalam kabin atau kontena ini. Selain itu, turut terdapat 5 buah rum...