Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Buffet Ramadan 2023

Iftar 2023 Di Concorde Hotel Shah Alam

Saat yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam sudah tiba. Kehadiran bulan Ramadan disambut meriah, tidak terkecuali sewaktu iftar. Pelbagai juadah dapat dinikmati. Untuk tahun 2023, Jabatan kulinari Concorde Hotel Shah Alam menyediakan berbagai jenis masakan tradisional Melayu yang menarik di Melting Pot Café dengan tema  tahun ini, IFTAR DI CONCORDE. Sajian Ramadan ini bermula dari 23 Mac hingga 21 April 2023. Sebanyak 4 jenis menu yang berbeza, dengan 90 hidangan lauk pauk yang menyelerakan menanti semua tetamu. Harga IFTAR DI CONCORDE ialah RM 140 bagi setiap orang dewasa, RM 108 bagi setiap warga emas dan RM 70 bagi setiap kanak-kanak berumur 5-12 tahun. Menurut Puan Amilia Alias, Pengarah Jabatan Jualan & Pemasaran, para tetamu boleh meningkatkan selera sewaktu berbuka puasa dengan pelbagai hidangan menarik yang ditawarkan oleh Concorde Hotel. Antaranya: Kerabu Sotong Suhun Utara Kerang Hijau Tumis dengan Daun Selasih Thai Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi Kambin...

I'dahlia Corner Tampilkan Aneka Menu Ala Kampung Untuk Buffet Ramadan 2023

I’dahlia Corner menawarkan aneka juadah kuih-muih serta lauk-pauk ala kampung dan moden yang cukup enak untuk dinikmati! Nikmati Buffet Ramadan Dalam Taman Di I’dahlia Corner Buat kali kedua buffet Ramadan berkonsepkan dalam taman ini dilaksanakan setelah mendapat sambutan yang menggalakan pada tahun lepas. Bagi anda yang mahu berbuka puasa di luar bersama rakan dan sanak saudara, jangan ketinggalan untuk masukkan I’dahlia Corner dalam list. Lokasi tempat nie agak strategik, berada dalam kawasan tiga segi emas atau ‘golden triangle’ dan terletak tidak jauh daripada kawasan kejiranan KLCC. Selain itu, keunikan buffet ramadan dalam taman di I’dahlia Corner adalah pengunjung dapat menikmati buka puasa dalam suasana yang santai dan selesa sambil diserikan dgn persembahan kebudayaan pada setiap hujung minggu. Artikel Lain: Buffet Ramadhan di Fairfield by Marriott KL  Menu paling mantop. Sup Tulang Meletop! Sajian Istimewa Sup Tulang Meletop Pemilik...

Buffet Ramadan Pusat Konvensyen Shah Alam Bertemakan Cita Rasa Muhibbah

Buffet Ramadan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kembali lagi dan untuk tahun ini bertemakan “Cita Rasa Muhibbah”. Ia bermula pada 25 Mac hingga 19 April 2023. “Cita Rasa Muhibbah” Tema Menu Buffet Ramadan SACC  Menurut Ketua Pegawai Operasi, En. Mohd Yusof bin Mahmud, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisional hasil daripada pencampuran budaya pelbagai kaum etnik yang telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Mengambil inspirasi daripada pencampuran budaya dan situasi masyarakat yang majmuk di Malaysia – SACC memilih “Cita Rasa Muhibbah” sebagai tema untuk menu buffet Ramadan Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama-sama kumpulan chef SACC menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC. Setiap kali Ramadan juga, sudah menjadi kelaziman bagi SACC untuk menyediakan hidangan utama iaitu Kambing Kebuli yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Jangan lepaskan peluang untu...

Buffet Ramadan 2023 Di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam

Buffet Ramadan 2023 di Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) kali ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional masa silam. Tetamu bakal dihidangkan dengan lebih 100 menu yang cukup menyelerakan! Tema Nostalgia Ramadan menjadi pilihan MHS. Antara hidangan utama tempatan seperti Gulai Lemak Padang Urat Keting, Siakap Berlada Nenas, Rendang Kambing and Daging Hitam Manis. Selain daripada itu, Restoran Royale Songket membawakan pelbagai stesen seperti Salad & Kerabu Warisan, Salai & Panggang, stesen Satay, Kawah-Kawah, Belanga Panas,Selera Sakura, Nasi Kandar, Baazar Hot Selling, Bazaar Minuman and ruangan pemanis mulut. Untuk menambah kepelbagai makanan warisan, stesen Kawah-Kawah pasti menjadi pilihan seterusnya! Variasi gulai seperti Gulai Kawah Daging Bersama Umbut Kelapa, Gulai Kawah Lemak Cili Padi Itik Bersama Rebung, Gulai Kawah Asam Pedas Ikan Bersama Terung. Pengunjung juga boleh menikmati menu Bazaar kegemaran semua seperti Roti John, Briyani Ayam, Pratha, Murtabak Ayam, ...