Skip to main content

Posts

Showing posts with the label makanan

UBAH SELERA: TUKAR 4 MAKAN PENGGANTI NASI CONFIRM BOLEH KURUS!

Apa agaknya makanan pengganti nasi yang mampu memberikan kita tenaga ataupun energi walaupun tidak menjamah nasi! Tidak dinafikan, hampir semua di antara kita memang suka makan nasi. Tak kira siang, malam, pagi ataupun petang. Pendek kata, rutin makan tiga kali sehari kita wajib dipenuhi dengan makan nasi. Padahal makan nasi berlebihan juga boleh berpotensi membuatkan badan kita sakit. Karbohidrat yang terkandung pada nasi sangat pantas dihadamkan oleh tubuh sehingga menjadi lebih pantas meningkatkan kadar gula darah yang boleh menimbulkan penyakit diabetis. Ini adalah kerana nasi mengandungi index glycemic yang tinggi. Index glycemic (GI) adalah sukatan kepantasan suatu makanan untuk diserap dan diubah menjadi gula darah. Semakin tinggi index glycemic pada suatu makanan, bermakna semakin cepat karbohidrat di dalam makanan itu diubah menjadi gula darah dalam badan, sehingga kadar gula darah dalam badan juga menjadi lebih cepat meningkat. Di samping boleh menyebabkan penyakit diabetis, ...

MESTI CUBA! CARA CEPAT TIDUR DENGAN 5 MAKANAN TERPILIH INI

Bukan semua di antara kita yang senang nak lelapkan mata. Jadi, jika anda tergolong dalam kategori yang susah tidur, anda patut cuba cara cepat tidur dengan 5 makanan yang disenaraikan ini.   Tidur yang tidak lena boleh membuatkan kita sengsara. Apatah lagi jika kita bekerjaya.Tidur yang lena pada malam hari membuatkan tubuh menjadi lebih segar di pagi hari.   Berikut Adalah Cara Cepat Tidur Yang Boleh Dicuba.  Lima Jenis Makanan Ini Adalah Soluasi Terbaik Untuk Anda Yang Sukar Tidur. OATMEAL Oatmeal merupakan sumber karbohidrat yang  mampu membantu membuatkan mata cepat mengantuk dan tidur dalam keadaan yang lebih tenang.   Pengambilan semangkuk oatmeal pada malam hari sangat bermanfaat. Sungguhpun begitu, oatmeal yang mengandungi gula tambahan tidak elok untuk tubuh. Jadi, tambahkan ‘topping’ buah-buahan seperti anggur, pisang ataupun ceri. PISANG Pisang mengandungi potassium dan kaya dengan magnesium serta kalium yang boleh membuatkan otot menjadi lebih relaks.  ...

6 MAKANAN SEDAP BUAT KULIT AWET MUDA

Rata-rata wanita di dunia ini mahu kelihatan awet muda. Namun, ramai yang tidak tahu ada beberapa jenis makanan sedap yang boleh dimanfaatkan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.   Tidak dinafikan untuk nampak lebih awet muda, kebanyakan wanita cenderung menggunakan pelbagai produk kecantikan, khususnya yang mengandungi UV protection dan retinol.   Sungguhpun begitu, kita tetap perlu menitikberatkan soal pengambilan makanan diet yang berkhasiat. Terdapat banyak makanan sedap yang boleh membuatkan kulit kita menjadi lebih awet muda. Berikut Beberapa Jenis Makanan Sedap Terbaik Bagi Mendapatkan Kulit Yang Lebih Awet Muda:   Buah Delima Buah ini sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin B5, kalium, riboflavin, polifenol dan antioksida yang dapat meningkatkan keindahan dan umur kulit.   Jus delima adalah ubat yang paling bagus untuk kulit yang rosak disebabkan sinaran cahaya matahari atau penuaan semulajadi. Buah ini juga dikatakan dapat memperbaiki kerosakan k...

9 MAKANAN SIHAT UNTUK IBU MENGANDUNG DAN SI MANJA

Sepanjang kehamilan banyak perkara yan perlu kita berikan perhatian supaya kandungan terjaga dengan baik. Salah satunya, bab makanan sihat untuk ibu mengandung. Sebenarnya bukan semua makanan boleh kita santap!   Ada makanan yang disarankan dan tidak disarankan buat wanita yang sedang mengandung. Bagi anda yang sedang mengandung, informasi tentang makanan sihat untuk ibu mengandung ini perlu diberikan perhatian.   Berikut 9 Jenis Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung: 1. TELUR Sepanjang tempoh mengandung, pengambilan protein tidak sepatutnya kita hindari dari jadual pemakanan seharian. Protein diperlukan untuk pembentukan sel tubuh.   Cara paling mudah untuk mendapatkan protein adalah dengan menikmati telur. Di dalam telur mengandungi 12 vitamin dan mineral yang baik untuk ibu mengandung.   Di samping itu, kolin dalam telur juga dikatakan bagus untuk perkembangan bayi, otak dan sarafnya. 2. SUSU Pertambahan berat badan ketika mengandung membuatkan badan cepat penat, ter...

RISAU SEBAB TERLALU KURUS? CUBALAH 5 CARA CEPAT GEMUK!

Ternyata masalah berat badan bukan hanya sebab gemuk, tetapi juga bagi kita yang memiliki badan yang kurus. Ketahui rahsia cepat gemuk dengan membaca artikel ini sampai habis!   Biasanya orang yang kurus lebih sukar memiliki bentuk badan ideal kerana kita akan nampak kurus kerempeng!   Sungguhpun ingin menambah berat badan, tetapi kita kena juga tahu cara yang tepat atau betul. Lagipun untuk mencapai misi bentuk badan yang ideal kita perlu meningkatkan massa otot dan bukannya menambah lemak!   Di samping itu, kita yang berbadan kurus juga perlu tahu apa penyebabnya yang membuatkan kita jadi begitu. Kenal pasti penyebabnya, mungkin disebabkan metabolisme tubuh, faktor genetik dan sebagainya. Berikut Beberapa Cara Cepat Gemuk Yang Boleh Dicuba 1. Makan Dengan Teratur Kekurangan pengambilan makanan atau gaya makan yang tidak teratur boleh menajdi penyebab utama mengapa badan kita menjadi kurus.   Antara cara cepat gemuk yang perlu dipraktik, makanlah secara teratur tiga...

BETULKAN SALAH FAHAM ANDA TENTANG SANTAN KELAPA

DI SAMPING MEMBERIKAN NUTRIEN DAN RASA YANG ENAK, SANTAN KELAPA MENGANDUNG LEMAK BAIK YANG DIPANGGIL ASID LAURIK IAITU ASID LEMAK RANTAIAN SEDERHANA YANG MUDAH DISERAP DAN DIGUNAKAN OLEH TUBUH UNTUK TENAGA.   Memang santan kelapa mengandungi lemak tepu, tetapi jangan fikir ia meningkatkan tahap kolesterol anda dan menyebabkan kerosakan jantung. Sebenarnya, ia melakukan hal yang sebaliknya  – santan kelapa oleh membantu menurunkan tahap kolesterol, meningkatkan tekanan darah, dan mencegah serangan jantung atau strok.   Memang santan kelapa dan air kelapa mengandungi kalori yang tinggi, jadi sebaiknya  ambillah hidangan dalam porsi yang kecil. Lebih kurang suku atau setengah cawan adalah yang terbaik. Boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan perasa lain seperti  coconut shake, cendul dan sagu gula melaka. Santan kelapa merupakan pilihan terbaik menggantikan susu kerana ia 100% bebas daripada laktosa, soya, kacang atau bijirin. Ia adalah pilihan kepada mereka yang a...

DIET SEIMBANG ALKALI DAN ASID UNTUK ELAK SAKIT

BILA DISEBUT TENTANG DIET SEIMBANG, KITA SERING MEMIKIRKAN PIRAMID MAKANAN SAHAJA SEPERTI LEMAK, KARBOHIDRAT, PROTEIN, VITAMIN DAN MINERAL. SEBENARNYA ADA LAGI GARIS PANDUAN PENTING IAITU DIET SEIMBANG ALKALI DAN ASID.   Makanan yang dimakan bukan untuk kenyang saja. Kita perlu kenal sifat makanan itu apabila kita makan. Ia dikatakan asid dan alkali tidak semestinya kerana ia makanan masam seperti sitrus dan limau.   Sesuatu makanan itu dikatakan berasid atau beralkali ialah apabila dicerna, makanan tersebut meninggalkan kesan sama ada asid atau alkali dalam tubuh. Makanan berasid meninggalkan atom hidrogen yang menyebabkan kesan asid dalam tubuh.   Begitu juga dengan bahan makanan yang meninggalkan kesan alkali yang meneutralkan pH atau meningkatkan pH. Makanan alkali akan mengurangkan kesan asid dalam badan anda. ADAKAH PENTING DIET SEIMBANG ASID-ALKALI INI? Ya, sangat penting kerana ia memberi kesan besar kepada kesihatan. Darah kita adalah sedikit beralkali, pH 7.4 d...

7 MAKANAN TAMBAH TENAGA SOLUSI BADAN LEMAU SEPANJANG HARI!

LEPAS-LEPAS RAYA NI TENTU RAMAI DI ANTARA KITA YANG CEPAT PENAT DAN RASA MENGANTUK. JANGAN-JANGAN KITA MUNGKIN KEKURANGAN ENERGI. JADI, UNTUK MENGATASINYA PILIHLAH MAKANAN TAMBAH TENAGA!   Energi sangat penting dan kita perlukannya untuk menjalani kehidupan sehari-hari. Tanpa energi sudah tentu kita tidak dapat melakukan tugasan kita dengan sempurna.   Makanan yang mengandungi karbohidrat merupakan sumber tenaga yang sangat baik untuk badan kita. Kandungan tersebut boleh diperoleh daripada nasi dan roti.   Selain karbohidrat, kandungan lain seperti vitamin, protein, mineral dan zat besi juga penting untuk meningatkan stamina badan kita.   7 MAKANAN TAMBAH TENAGA YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN UNTUK MENINGKATKAN STAMINA KITA:   MADU ASLI Madu asli memang banyak manfaat untuk kesihatan dan juga kecantikan. Madu ini juga bagus untuk dijadikan sebagai makanan tambah tenaga.   Fruktosa dan glukos yang terdapat pada madu aslmi memang cepat diserap oleh badan kita.   Untuk...

9 KUNCI MUKA AWET MUDA DAN BERSERI-SERI

MUSIM RAYA NI PASTI SEMUA NAK CANTIK DAN BERSERI. KALAU BOLEH SEMUA KEDUTAN ATAUPUN GARIS-GARIS HALUS TAK MAHU KELIHATAN. BIAR SEMUA ORANG TANYA, ‘APA RAHSIA MUKA AWET MUDA?’   Kunci utama muka awet muda ialah pemakanan kita. Pengambilan makanan  yang tepat boleh membantu kita mengatasi dan  mencegah masalah kecantikan yang boleh membuatkan muka awet muda kita jelas terserlah.   Ia mampu menyamarkan kedutan, membuatkan muka kita nampak lebih cerah dan berseri, rambut lebih sinar dan kuku kita jadi lebih kuat. BERIKUT 9 MAKANAN YANG BOLEH MEMBUAT MUKA AWET MUDA   BLUEBERI Pengambilan ekstrak buah blueberi dikatakan dapat mencerahkan dan meratakan warna kulit serta melawan kerosakan kulit disebabkan oleh radikal bebas.   Selain itu, buah ini juga mengandungi vitamin C dan E. Vitamin-vitamin ini mencegah penuaan dengan menghalang zat-zat kimia berbahaya dari badan yang membawa efek jangka panjang pada organ badan.   TOMATO Tomato mengandungi lycopene yang mampu me...