Skip to main content

Posts

Showing posts with the label bekerja sendiri

TIP LEBIH PRODUKTIF DAN SYOK BEKERJA SENDIRI DARI RUMAH

Bekerja sendiri dari rumah kedengarannya cukup menyeronokkan. Kuasa bekerja ditangan kita sendiri lah katakan! Kita tak perlu tergesa-gesa di pagi hari, tak perlu menghadap kesesakan jalan raya yang tak pernah habis dan tak perlu juga nak berpenampilan rapi dan mekap lawa-lawa untuk ke pejabat. Walaupun bekerja sendiri dari rumah, pakai pakaian biasa dan membuka laptop di atas katil, kita tetap boleh bekerja dengan produktif. Namun, bekerja sendiri dari rumah juga sebenarnya mempunyai banyak kekurangannya.Lebih-lebih lagi apabila kita tidak berdisiplin.Tentu sahaja kita memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan tugasan dari kebiasaannya. Maklumlah bekerja sendiri dari rumah membuatkan kita mempunyai kebebasan penuh masa untuk bersantai-santai. Alih-alih kerja tak siap, kita dah tergoda untuk menonton drama-drama Korea, bermain game ataupun tidur! Jadi, sebelum keadaan ini berlarutan dan kita terus tenggelam dalam keseronokkan tersebut, eloklah kita segera berubah. [btn text=...