Skip to main content

Posts

Showing posts with the label mengantuk

Hilangkan Mengantuk Di Bulan Puasa

Bulan puasa nie tentu ada di antara kita yang terpaksa menahan rasa mengantuk tak terkata pada siang hari. Semak beberapa cara hilangkan mengantuk ini! Sebenarnya apakah penyebab kita jadi cepat mengantuk ketika berpuasa? Rasa mengantuk tersebut bukan hanya disebabkan kita kurang tidur sahaja, tetapi juga kerana metabolisme badan yang berubah. Perubahan waktu tidur ketika kita berpuasa membuatkan jumlah jam tidur kita menjadi berkurangan kerana perlu bangun bersahur. Namun, jangan sesekali tidur lepas sahur. Ia akan bukan anda letih sepanjang hari. Energi yang telah terkumpul ketika kita bersahur sedikit demi sedikit akan hilang dan badanpun terasa lebih penat dengan pelbagai aktiviti yang kita lakukan. Di samping itu, oksigen pada otak yang tidak lancar juga boleh menyebabkan rasa mengantuk itu datang. INGIN TAHU CARA HILANGKAN MENGANTUK TERSEBUT? BACA 5 CARA MUDAH INI!  1.  TIDUR SEKEJAP PADA SIANG HARI Tidur sekejap pada siang hari adalah antara cara hilangkan mengantuk yan...

CARA ELAK MENGANTUK KETIKA BERAYA SAKAN! WAJIB CUBA

SAMA ADA ANDA YANG MAHU BALIK KAMPUNG ATAUPUN BERKONVOI MENZIARAHI SANAK SAUDARA,  MASALAH MENGANTUK MEMANG BAHAYA.  JOM IKUTI CARA ELAK MENGANTUK SEBELUM KERANA MALANG TAK BERBAU.   Apatah lagi bila memandu dalam keadaan perut kenyang selepas sakan beraya. Memang mencabar! Rasa nak tongkat aje mata tu kan?   Biarpun rasa mengantuk itu adalah salah satu tindakbalas yang semulajadi dan sering dialami oleh ramai orang, tetapi jika rasa mengantuk itu berlebihan dan tidak kena pada tempat serta waktunya, boleh juga menimbulkan banyak masalah. Tambahan pula jika kita sedang memandu kenderaan untuk perjalanan jauh.   Memandu dalam keadaan yang mengantuk sangat berbahaya dan kebanyakan pemandu terutama lelaki mengakui pernah mengalami microsleep ketika memandu. Jangan dibuat main. Banyak kemalangan berpunca daripada masalah terlelap seketika ini.   APA ITU MICROSLEEP? Microsleep adalah suatu keadaan di mana kita tertidur atau terlelap seketika, selama 5-10 saat. Dalam tempoh micros...

7 SOLUSI ATAU CARA MENGATASI BADAN LESU KETIKA BERPUASA

KETIKA BERPUASA TENTU ADA DI ANTARA KITA YANG BERASA LESU DAN SEOLAH-OLAH TIDAK ADA ENERGI.  Apakah penyebab badan terasa lesu di bulan puasa dan apakah solusi terbaik dan berkesan untuk mengatasinya? Oleh kerana badan sering lesu ramai yang sedang berpuasa mengambil keputusan untuk tidur seharian atau malas melakukan sebarang aktiviti. Kononnya mahu menyimpan sisa-sisa tenaga. Sedangkan, badan lesu ketika berpuasa boleh kita cegah atau cari cara mengatasinya. Sebenarnya kesegaran badan pada waktu siang ketika berpuasa sangat dipengaruhi oleh makanan dan minuman yang kita makan sewaktu berbuka puasa dan bersahur serta aktviti seharian kita. Menyediakan makanan atau makan apa sahaja tanpa memikirkan jumlah atau ketepatan nutrisinya boleh menjadi penyebab badan kita menjadi lemah atau lesu serta kurang aktif dalam bulan puasa ini. Bahkan sikap gemar bermalas-malasan akan membuatkan kita bertambah lesu kerana mood kita jadi negatif dan hilang semangat. BERIKUT 7 CARA MENGATASI BADAN LESU...