Skip to main content

Posts

Showing posts with the label barangan kemas

PAMERAN BARANGAN KEMAS ANTARABANGSA HABIB DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Pameran Barangan Kemas tempatan terulung di Malaysia, HABIB (dahulu Habib Jewels), mula mengorak langkah dengan melancarkan Pameran Jenama Antarabangsa buat pertama kali yang menampilkan jenama-jenama dibawah naungan mereka.Bertempat di ruang legar IOI City Mall, Putrajaya bermula 27 Julai sehingga 7 Ogos 2022, sepanjang waktu operasi pusat membeli-belah tersebut. Istimewanya pameran ini adalah jenama-jenama yang dipamerkan berada di satu lokasi sekaligus memberikan pengalaman yang baharu kepada penggemar barangan kemas dan perhiasan mewah untuk melihat pelbagai barangan berjenama termasuk aksesori, jam tangan, minyak wangi, skarf, cermin mata dan barangan kulit. Barangan Kemas Pencetus Fesyen Pengerusi Eksekutif HABIB Group, Dato’ Sri Meer Habib berkata, “Kita hidup dalam masa paling hebat dalam sejarah di mana kadar jenayah dan kemiskinan adalah yang paling rendah setakat ini. Pada masa yang sama, pelbagai kemajuan telah dicapai termasuklah dari segi teknologi dan kesihatan.  Sel...

KETAHUI TIPS MEMBELI BARANGAN KEMAS BERTATAHKAN BATU PERMATA

Trend barangan kemas yang dihiasi dengan keunikan batu permata berwarna-warni semakin mendapat tempat di hati pencinta barangan kemas. Batu permata dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘precious stone’ yang terdiri daripada batu permata popular yang mempunyai permintaan tinggi dari serata dunia iaitu safir, zamrud, delima dan berlian. Selain daripada batu permata utama ini, terdapat juga batu permata daripada kategori ‘semi-precious’ seperti kecubung (amethyst), turmalin (tourmaline), topaz, citrine dan opal. Sebelum membeli barangan kemas bertatahkan batu permata, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan agar dapat memberikan kepuasan dan keselesaan semasa memakai. Berikut merupakan beberapa tips berguna untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam membeli barangan kemas bertatahkan batu permata: Kenali jenis batu permata dan warna yang ada  Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Contohnya seperti permata zamrud hijau yang mer...