Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kanser

Telur Telur Ayam Jadi Menu Kuruskan Badan

Telur ayam dikenali sebagai makanan yang memiliki sumber protein yang sangat tinggi. Menurut pakar pemakanan, telur adalah makanan yang paling padat gizi. Kandungan gizi telur antaranya adalah mengandungi 90% kalsium, mineral, 6 gram protein dan asid amino esensial dalam putih telur. Manakala zat besi terdapat dalam kuning telur. Ia boleh dianggap sebagai makanan SUPER kerana ia dapat meningkatkan sistem imun, mencegah kanser dan mengatasi obesiti. BACA: RESEPI SIHAT SALAD TELUR REBUS TELUR AYAM! INI 5  ALASAN KENAPA ANDA HARUS MENIKMATINYA 1. Kandungan Vitamin yang tinggi Sebiji telur kecil mengandungi beberapa vitamin penting iaitu: Vitamin B2 yang membantu tubuh memecah makanan menjadi energi; Vitamin B12 yang sangat penting untuk memproduksi sel darah merah; Vitamin A yang sangat baik untuk penglihatan; Vitamin D yang membuat tulang, gigi kekal kuat dan sihat; Vitamin E yang berperang melawan radikal bebas punca kerosakan jaringan sel dan menyebabkan kanser; Vitamin A dan B12 y...

JAGA-JAGA! 6 PENYEBAB SERTA BAHAYA BILA JERAWAT DI KETIAK

JERAWAT  BOLEH TUMBUH DI MANA-MANA SAHAJA BAHAGIAN BADAN TERMASUKLAH JERAWAT DI KETIAK!   Munculnya jerawat di ketiak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya berpunca dari bulu ketiak yang tumbuh ke dalam ataupun disebabkan teknik mencukur bulu ketiak yang salah.   Elakkan menggosok dengan kuat atau kasar pada bahagian bulu yang tumbuh ke dalam pada ketiak kerana ia boleh menyebabkan peradangan. Keadaan ini membuarkan sel-sel kulit pada ketiak sukar mengelupas kerana bulu-bulu yang telah tersekat di dalam permukaan kulit ketiak.   Jadi, jika kita mengalami masalah jerawat di ketiak sebaiknya menggosok atau menyental lembut bahagian ketiak yang terasa gatal itu dengan kain basah sebanyak dua kali sehari.   Sekiranya jerawat di ketiak tersebut terasa sakit, gatal dan berdarah serta tak kunjung sembuh juga sekian lama, dapatkan rawatan doktor bagi memastikan status jerawat atau benjolan tersebut.   Ada kemungkinan ia bisul ( boil) atau pun ketumbuhan lain...

MARI MAKAN LENGKUAS UNTUK ELAK DARIPADA KANSER DAN NYAYUK

LENGKUAS MERUPAKAN RAMUAN WAJIB DALAM KEBANYAKAN MASYARAKAT MELAYU. BAGAIMANAPUN, IA SEMAKIN DILUPAKAN LANTARAN RAMAI YANG TIDAK TAHU MANFAATNYA. SEDANGKAN KALAU KITA TAHU PASTINYA KITA AKAN UTAMAKAN LENGKUAS DALAM MASAKAN.   Ketahuilah betapa bijaknya orang tua-tua dulu. Meskipun mereka tidak tahu mengenai kanser secara saintifik tetapi mereka pastikan bahawa dalam setiap masakan ada kunyit, halia dan lengkuas. Lengkuas ini mirip halia tetapi tektur lengkuas tua lebih keras, bau lebih kuat dan rasanya sedikit pedau/kuat. Lengkuas tua. Lengkuas kering   Ketiga-tiga rempah ratus itu sememangnya diketahui dapat membantu mengelak pelbagai penyakit. Bagaimanapun, lengkuas adalah lebih tinggi khasiatnya. Ingatlah bahawa makanan yang sihat adalah penawar kepada penyakit. Bukannya makanan punca penyakit.   Lengkuas seberat 64gram mengandungi 45 kalori dan 2 g serat. Kaya dengan sodium, zat besi, vitamin A. vitamin C, flavonoid, fitonutrien, emodin, beta-sitosterol dan querc...

EFEK 5 JENIS REMPAH RATUS INI MAMPU MENCEGAH SEL- SEL KANSER DARI TERUS MEREBAK!

Rempah ratus yang sering kita gunakan dalam masakan, bukan setakat sebagai penyedap masakan. Bahkan sudah lama digunakan sebagai alternatif dalam perubatan pelbagai jenis penyakit. Khasiatnya sangat dahsyat untuk kesihatan badan, termasuklah mencegah dan melawan kanser tanpa efek sampingan. Antioksidan yang terkandung dalam rempah ratus ini merupakan faktor utama yang bertindak balas untuk melawan sel kanser. Anda juga perlu tahu tentang 6 tanda awal kanser pangkal rahim . [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET (HARIAN WANITA)” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BERIKUT BEBERAPA JENIS REMPAH RATUS YANG DIPERCAYAI DAPAT MENCEGAH DAN MEMERANGI SEL KANSER: KUNYIT Kunyit mengandungi antioksidan iaitu curcumin . Ia dikatakan mampu mencegah penyebaran sel kanser ke seluruh badan. Khasiat kunyit sebagai pencegah dan penawar beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser kulit, kanser...

7 CARA TERBAIK BANTU WANITA CEGAH KANSER PAYUDARA

Salah satu cara yang sangat efektif untuk cegah kanser payudara adalah dengan mengubah gaya hidup sihat. Penyakit kanser payudara ini biasanya terjadi kerana beberapa punca seperti faktor genetik, terdedah kepada bahaya kimia dan gaya hidup yang kurang sihat. Ia menyebabkan kanser berkembang dengan pesat ketika memasuki usia menopaus. Apapun sebagai wanita, kita juga pasti mahukan bentuk badan yang cantik dan menarik serta tidak mengalami gangguan kesihatan atau penyakit yang mengancam nyawa seperti #kanser payudara. Jadi, salah satu cara terbaik untuk menghindari atau cegah kanser payudara adalah dengan mengurangkan risikonya dari sekarang! KETAHUI 6 TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM YANG PERLU KITA AMBIL PEDULI. [btn text=” JOM LIKE & SHARE MAMANET (FANPAGE MAJALAH HARIAN WANITA) ” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] CARA TERBAIK UNTUK CEGAH KANSER PAYUDARA: LAKUKAN PEMERIKSAAN...

29 PANDUAN UNTUK HIDUP LEBIH BAIK – CATATAN DARIPADA BEKAS PESAKIT KANSER

SETIAP orang diberikan kesempatan yang terbaik buatnya untuk hidup. Sama ada singkat atau lama, itulah yang telah tercatat di Luh Mahfuz. Terpulang pada kita semua sama ada mahu hidup lebih baik atau sebaliknya. Kita turut diingatkan agar berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Alangkah indahnya jika sebelum pergi kita dapat tinggalkan sebuah legasi buat anak-cucu dan generasi baru seperti yang dilakukan oleh Randy Pausch ini. Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University dan pesakit kanser pankreas. Sebelum meninggal pada 2008, dia telah menulis buku “The Last Lecture” pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan. Dalam surat Randy Pausch kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, “Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik” untuk isteri dan anak-anaknya. Perhatikan betul-betul bahawa tidak ada satu pun disebut tentang kehebatan metarial dalam 30 pesanannya. Jadi,  jika and...

6 BAHAYA TIDUR DEKAT DENGAN HANDPHONE, BOLEH KENA KANSER DAN TUMOR OTAK!

Ternyata bahaya tidur dekat dengan handphone atau telefon bimbit sememangnya tidak boleh kita ketepikan atau buat tak kisah sahaja. Kesan jangka panjangnya untuk kesihatan kita terlalu banyak. Sebelum menyesal tidak berkesudahan di kemudian hari, lebih baik kita hentikan tabiat buruk ini serta-merta selepas membaca artikel ini! Tidak dinafikan ada di kalangan kita yang menjadikan handphone sebagai sahabat sejati. Sebagai sahabat sejati sudah tentulah ia banyak membantu memudahkan kita dalam segala perkara, terutama untuk memudahkan kita berkomunikasi dengan orang lain. Namun, meskipun sebagai sahabat setia ternyata handphone juga mempunyai bahaya tersendiri yang tidak disedari oleh kita. Apatah lagi, ramai di antara kita yang sering tidur atau tertidur dekat dengan handphone , termasuklah meletakkannya di bawah bantal! Handphone mempunyai pancaran radiasi yang tinggi dan tidak nampak dengan mata kasar. Jadi, perkara inilah yang membuatkan kita tidak menyedari akan bahaya tidur ber...

6 TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM YANG PERLU KITA AMBIL KISAH!

Kanser pangkal rahim atau kanser serviks merupakan salah satu kanser yang menggerunkan dan boleh menyerang mana-mana wanita selain daripada kanser payudara! Kebanyakan punca dari kanser pangkal rahim ini disebabkan oleh virus yang bernama Human Papillomavirus (HPV).Mana-mana wanita, tak kira berapapun usianya asalkan pernah melakukan hubungan seksual berpontesi untuk mendapat kanser ini. Jadi, sebagai wanita kita perlulah sentiasa berwaspada dan tahu apa sahaja tanda-tanda awal kanser ini. Ia merupakan salah satu penyakit kanser yang paling banyak ditakuti oleh kaum wanita. Kanser pangkal rahim terjadi kerana adanya perubahan struktur sel pada rahim yang menjadi ganas dan menyebabkan kematian penghidapnya. Kanser ini menyerang pada bahagian organ peranakan kaum wanita iaitu di pintu rahim atau pintu masuk ke kawasan rahim. Bahagian yang sempit di bahagian bawah antara kemaluan wanita dan rahim. Kanser serviks memerlukan proses yang panjang iaitu antara 1- hingga 20 tahun untuk menjad...