Skip to main content

Posts

Showing posts with the label semangat

CARA BERKESAN UNTUK BERUBAH YANG MEMBERI IMPAK BESAR DALAM HIDUP ANDA

Semua orang mahukan hidup yang lebih baik tetapi tidak semua orang mahu berubah atau mahu meninggalkan ZON SELESA mahu pun ZON PANAS. Memang bukan mudah untuk berubah kerana bukan semua orang berani melakukannya. Namun, ia tidak mustahil jika ada kesungguhan. Untuk anda yang memang mahu berubah, saya kongsikan cara bagaimana anda boleh lakukan dengan positif. Kepada yang tidak mahu, terserahlah. Anda sahaja yang tahu apa yang anda mahukan dalam hidup ini. 4 TEKNIK UNTUK MUDAH BERUBAH: Rasakan Kesakitan Satu sebab kenapa anda tidak mahu berubah adalah kerana anda tidak terdesak atau tidak ada satu faktor yang mampu menjadi ‘turning point’ dalam hidup anda. Sebelum anda bertindak, cuba rasakan betapa sakitnya diri anda saat ini hingga anda rasa mahu menjerit. Contohnya, setiap bulan gaji anda habis untuk membayar hutang seperti rumah, kereta dan kad kredit. Bayangkan jika kad kredit anda ada 10 keping? Tahukah berapa banyak hutang yang ‘mampu’ anda hasilkan? Bayangkan betapa ‘kemewahan’ ...