BCF LEAD AWARD 2022 | Majlis ini dianjurkan adalah untuk memberi anugerah dan penghargaan kepada semua leader, stokis dan ejen yang telah mencapai jualan tertinggi sepanjang tahun 2022. BCF Lead Award 2022 merupakan majlis tahunan yang dibuat oleh By Chefiza Sdn.Bhd (BCF), pengeluar produk Muslimah seperti tudung, inner neck,snowcap, stoking dan stoking tangan. Ini merupakan majlis tahunan yang dibuat dan ia adalah julung kali di adakan di luar Kelantan. Jenama ini pernah mencatat jualan snowcap hantu sehingga satu juta helai di awal penubuhan. Ia mempunyai kelainan dalam penghasilan produk tudung dan sentiasa mementingkan kualiti fabrik. Hasil dari permintaan yang tinggi inilah mereka komited dalam pengeluaran busana muslimah terutamanya produk tudung yang mampu milik, selesa dipakai serta patuh syariah. Puan Chefiza dan suaminya, Muhammad Fitri Abdul Razak selaku pengasas bersama By Chefiza Sdn Bhd By Chefiza Sdn Bhd, diasaskan oleh Che Nurul Hafizah binti Che Zulkifli yang leb...