Skip to main content

BCF LEAD AWARD 2022 MALAM PENUH GEMILANG

BCF Lead Award 2022

BCF LEAD AWARD 2022 | Majlis ini dianjurkan adalah untuk memberi anugerah dan penghargaan kepada semua leader, stokis dan ejen yang telah mencapai jualan tertinggi sepanjang tahun 2022.

BCF Lead Award 2022 merupakan majlis tahunan yang dibuat oleh By Chefiza Sdn.Bhd (BCF), pengeluar produk Muslimah seperti tudung, inner neck,snowcap, stoking dan stoking tangan.

Ini merupakan majlis tahunan yang dibuat dan ia adalah julung kali di adakan di luar Kelantan. Jenama ini pernah mencatat jualan snowcap hantu sehingga satu juta helai di awal penubuhan. Ia mempunyai kelainan dalam penghasilan produk tudung dan sentiasa mementingkan kualiti fabrik.

Hasil dari permintaan yang tinggi inilah mereka komited dalam pengeluaran busana muslimah terutamanya produk tudung yang mampu milik, selesa dipakai serta patuh syariah.

BCF Lead Award 2022
Puan Chefiza dan suaminya, Muhammad Fitri Abdul Razak selaku pengasas bersama
By Chefiza Sdn Bhd

By Chefiza Sdn Bhd, diasaskan oleh Che Nurul Hafizah binti Che Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Puan Chefiza dan suaminya, Muhammad Fitri Abdul Razak selaku pengasas bersama.

Syarikat ini ditubuhkan pada 14 Jun 2019 yang berpusat di Kelantan. Bermula dengan hanya 10 orang pekerja sahaja di awal penubuhan, kini BCF telah mempunyai kilang pengeluaran sendiri dan memiliki lebih 60 pekerja.

Artikel Lain: Projek CSR #darihati123mamanet kali ke-9

By CheFiza
Antara koleksi Bawal Soak yang bakal mendapat tempat di hati ramai

Memiliki 17 cawangan dan hampir 11,000 ejen di seluruh negara, kini BCF telah mempunyai 17 ‘SKU’ produk dari tudung, stokin, sarung lengan, sarung leher wanita dan juga anak tudung.

Untuk tahun 2023, BCF mengunjurkan jualan sebanyak RM32 juta.Terdapat 3 objektif utama yang ingin dicapai melalui penganjuran majlis ini iaitu, memberikan penghargaan kepada ahli keluarga BCF yang telah mencapai jualan yang sangat luar biasa.

Artikel Lain: Ummi Nazeera, Duta Rasmi BCF

Ummi Nazeera
Ummi Nazeera, Duta Rasmi BCF selama setahun.

Kedua, memperkenalkan kempen pemasaran terbaru iaitu “Go to Market Strategy”. Ketiga, melancarkan produk terbaru iaitu Koleksi Bawal SOAK selari dengan pelantikan Ummi Nazeera, Duta Rasmi jenama BCF.

Erni Zakri
Persembahan mantap Erni Zakri di malam penuh gemilang itu.

BCF LEAD AWARD 2022

Pada malam penuh gemilang itu, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi Erni Zakri di samping berkongsi kegembiraan yang telah diraih oleh para leader, agen dan stokis yang telah mencapai target jualan tersebut.

BCF Lead Award 2022

4 katogeri anugerah yang dipertaruhkan:

BCF LEAD AWARD 2022 – LOYALTY AWARD

BCF LEAD AWARS 2022 – RISING STAR AWARD 

BCF LEAD AWARD 2022 – TRANFORMATIONAL LEADER AWARD

BCF LEAD AWARD 2022 – EXTRAORDINARY PERFORMANCE & HIGHER GROWTH AWARD

Dengan kehadiran Ummi Nazeera, segala objektif yang ingin dicapai ini adalah inisiatif BCF dalam membantu mereka untuk lebih mudah menjual produk-produk keluaran BCF. Cabaran tahun 2023 bakal dilalui bersama-sama seiring dengan pelan pemasaran dan perniagaan yang kompeten agar produk ini mendapat sambutan ramai.

BCF Lead Award 2022

BCF Sentiasa Berdaya Saing

Mereka akan terus komited melakukan pembangunan dan penyelidikan terhadap fabrik yang digunakan. ULTRASENMECH merupakan teknologi terkini yang memberikan keselesaan serta berteknologi. BFC bermatlamat menjadi syarikat busana muslimah yang berteknologi, berinovasi dan sentiasa mendapat tempat di hati pengguna.

Muat turun sekarang untuk melihat lebih banyak lagi koleksi tudung di buku katalog digital BCF ini.

Tahniah kepada semua yang menerima BCF Lead Award 2022 dan semoga dengan kehadiran duta BCF, Ummi Nazeera dapat membantu mengukuhkan lagi nama BFC di seluruh negara termasuk Asia Tenggara.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...