MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) TELAH MENGADAKAN JAMUAN RAYA MBSA 2017 BARU-BARU INI. ANTARA TUJUAN UTAMA IALAH UNTUK MEMPERKASAKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI ANTARA PIHAK MBSA DAN STAKEHOLDERS. Stakeholders atau pihak yang berkepentingan ini terdiri daripada pimpinan kerajaan negeri, agensi/jabatan negeri dan persekutuan, anak syarikat kerajaan negeri, pemaju, perunding, sektor koprorat dan majlis perwakilan penduduk (MPP) shah alam. Pada tahun ini, MBSA mengamalkan konsep tradisional dan pada masa yang sama masih mengekalkan konsep hijau (Go Green) dengan menerapkan unsur-unsur mesra alam dan menitik beratkan penggunaan bahan-bahan mesra alam serta amalan kitar semula. Konsep hijau ini merangkumi penyediaan juadah, hiasan gerai dan pengurusan sampah. Antara amalan kitar semula yang diterapkan pada jamuan tersebut adalah penggunaan peralatan makan mesra alam dan penyediaan tong-tong kitar semula untuk digunakan o...