ANCHOR FOOD PROFESSIONALS ANJUR BENGKEL KULINARI UNTUK KANAK-KANAK KEBAJIKAN MENERUSI KEMPEN #NIUYOUNEWFORTUNE
Kanak-kanak dari Yayasan Sunbeams akan berpeluang untuk menimba kemahiran kulinari dengan tunjuk ajar para Cef dari Anchor Food Professionals Mengendong azam permulaan baharu dan sebuah harapan yang sinonim dengan Tahun Baharu Cina, Anchor Food Professionals bersama Yayasan Sunbeams akan menganjurkan sebuah bengkel kulinari. Kanak-kanak yayasan tersebut berusia 14 hingga 17 tahun berpeluang melengkapi, menggalakkan serta memperkasakan diri mereka dengan kemahiran insani seperti memasak menerusi kempen #NiuYouNewFortune sempena musim perayaan ini. Artikel Lain: Jus Sihat Homemade “Pembelajaran tidak semestinya mengambil tempat di bilik darjah sahaja – dan sempena Tahun Baharu Cina ini, kami ingin menjemput tuah dan peluang-peluang baharu dengan cara kami sendiri menerusi kempen #NiuYouNewFortune . Kami berharap kemahiran yang dipelajari oleh kanak-kanak ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan juga kerjaya mereka pada masa akan datang. Yang pasti, bengkel ini dirumus k...