Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tuna

CUBA 6 IDEA BENTO BOX YANG SEDAP & MENYELERAKAN DARIPADA AYAM BRAND

Mencari-cari idea bekal makan tengah hari untuk anak-anak  ataupun diri sendiri? Jom pilih Ayam Brand sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik.  Resipi yang dibawakan oleh AyamBrand berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari.  Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja.  Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini...

3 Resipi Terkini Cili Tuna Ayam Brand

Anda tentu sudah terdengar mengenai kehadiran Cili Tuna Ayam Brand terbaru di pasaran. Para penggemar tuna pastinya teruja hendak mencuba kepedasan terbaru ini. Berikut adalah tiga resepi yang disediakan oleh Ayam Brand untuk anda cuba sendiri di rumah.   QUICHE  KELAPA DAN TUNA PEDAS (gambar atas) Untuk 4 hidangan   Bahan-Bahan 1 sebuku roti wholemeal, tepi roti dibuang 185 g tin Ayam Brand cili tuna ½ sudu teh serbuk kunyit 2 bawang merah , dicincang 200ml Santan Ayam Brand 2 biji telur, dipukul perlahan garam, secukup rasa   KAEDAH Griskan tempat acuan cupcake/muffin, ratakan kepingan roti dalam setiap lubang acuan dan trim tepi. Panaskan ketuhar pada suhu 180 ° C. Campurkan tuna dengan bahan-bahan lain dan isi cawan roti tersebut. Bakar selama 10 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk dan hidangkan.   KEK TUNA DAN KELEDEK Untuk 4 orang   Bahan-Bahan 185 g cili tuna Ayam Brand 400 g sweet potato/keledek, dikupas dan dikukus atau dibakar 100 g kubis, dihiris...