Skip to main content

3 Resipi Terkini Cili Tuna Ayam Brand

Anda tentu sudah terdengar mengenai kehadiran Cili Tuna Ayam Brand terbaru di pasaran. Para penggemar tuna pastinya teruja hendak mencuba kepedasan terbaru ini. Berikut adalah tiga resepi yang disediakan oleh Ayam Brand untuk anda cuba sendiri di rumah.

 

QUICHE  KELAPA DAN TUNA PEDAS (gambar atas)

Untuk 4 hidangan

 

Bahan-Bahan

  • 1 sebuku roti wholemeal, tepi roti dibuang
  • 185 g tin Ayam Brand cili tuna
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 2 bawang merah , dicincang
  • 200ml Santan Ayam Brand
  • 2 biji telur, dipukul perlahan
  • garam, secukup rasa

 

KAEDAH

  • Griskan tempat acuan cupcake/muffin, ratakan kepingan roti dalam setiap lubang acuan dan trim tepi.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 ° C.
  • Campurkan tuna dengan bahan-bahan lain dan isi cawan roti tersebut.
  • Bakar selama 10 minit atau sehingga masak.
  • Biarkan sejuk dan hidangkan.

 

resepi terkini cili tuna

KEK TUNA DAN KELEDEK

Untuk 4 orang

 

Bahan-Bahan

  • 185 g cili tuna Ayam Brand
  • 400 g sweet potato/keledek, dikupas dan dikukus atau dibakar
  • 100 g kubis, dihiris nipis
  • 100 g coklat bawang
  • 100 g lobak merah, parut atau dihiris
  • 2 batang daun bawang,dihiris
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung

 

KAEDAH

  • Lenyek tuna bersama keledek , kubis, bawang , lobak merah dan daun bawang.
  • Didalam mangkuk cetek berasingan, pukul telur dan tepung jagung.
  • Ratakan campuran tuna kepada bentuk kek bulat dengan ketebalan 2cm.
  • Minyakkan kuali dan panaskan sedikit.
  • Rendam kek ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali sehingga perang keemasan dan rangup.
  • Hidangkan dengan sos cili.

resepi terkini cili tuna

TUNA BERGERDIL

Bahan-Bahan

  • 1 tin 185g Ayam Brand™ Chilli Tuna Fire Hot
  • 1 tandan koriander segar, dicincang
  • 1 cili merah, dipotong
  • 1 bawang merah kecil, dihiris
  • 1 telur
  • 1 tomato kecil mentah, dipotong dadu kecil
  • 2 kentang kecil, direbus dan dilecek
  • Garam secukup rasa

 

KAEDAH

  • Campurkan semua bahan-bahan dan bentukkan patties 2″
  • Goreng hingga kuning keemasan dan jadikan ia burger mini dengan sayur salad, mayonis dan bawang merah dihiris
  • Hidangkan untuk makan siang ataupun malam

 

 

Cubalah Cili Tuna Ayam Brand™ dalam resepi anda hari ini dan terokai kepedasannya mengikut selera anda.

Untuk lebih banyak resipi menggunakan tuna, klik http://www.ayambrand.com.my/recipe.html atau tonton video-video enak di https://www.youtube.com/ayambrandmalaysia

 

BACA RANGKAIAN CILI TUNA AYAM BRAND™ KINI LEBIH ‘HANGAT’

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .