Skip to main content

Posts

Showing posts with the label roti canai

MENGGAMIT CINTA DI SYURGA LIBURAN MELAKA BUMI BERSEJARAH

Seawal jam 8.00 pagi, kami meninggalkan Kuala Sungai Baru menuju ke bandar Melaka bumi bersejarah. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menikmati sarapan pagi di warung roti canai popular mutakhir ini. Seterusnya kami akan berkunjung ke beberapa tempat menarik di sekitar bandar Melaka.   Sabtu dan Ahad merupakan hari paling sibuk di bandar Melaka. Jadi, bersedialah menempuh kesesakan kerana sama seperti orang lain, kita semua menuju ke sebuah syurga liburan kegemaran ramai.  Itulah keistimewaan Melaka. Rasa bangga jadi anak jati Melaka. Roti Canai Kayu Arang Umumnya juadah yang dibakar dengan kayu arang lebih sedap berbanding yang dimasak dengan cara lain. Di mana-mana saja di dunia ini, pembuat roti dan pizza pastinya berbangga jika memiliki dapur arang kerana roti mereka dianggap lebih original dan sedap.   Itulah antara rahsia mengapa Roti Canai Kayu Arang Melaka ini menjadi viral hingga setiap saat tiada kerusi kosong. Percaya tak? Kalau tidak percaya data...