Sidang media Skin Dessert bertarikh 21hb Disember 2022 telah diadakan bertujuan untuk menerangkan dan memperjelaskan lebih detail berkenaan isu viral, SIRIM dan KKM. Ailezee Rich Sdn Bhd selaku pengeluar produk kosmetik Skin Dessert, telah memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar Surat Tuntutan pada 7 Disember 2022 terhadap Institut Piawaian danPenyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). SIDANG MEDIA KHAS SKIN DESSERT Ianya berlaku berikutan isu yang tular menerusi platform media sosial baru-baru ini. Isu tersebut telah bermula pada 4 Oktober 2022 apabila Pengasas Skin Dessert Puan Zirra Abdullah dan Pengarah Urusan Skin Dessert En Mohd Aliff Abd Kadir memuat naik gambar mereka di hadapan bangunan SIRIM di media sosial dengan tujuan untuk memaklumkan bahawa tersebut sedang dalam proses menjalankan ujian produk bersama SIRIM. Nur Nazuha binti Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers, peguam yang dilantik oleh Ailezee Rich Sdn Bhd (kiri), Pn Zirra Abdullah ...