Baju-baju Korea merupakan salah satu trend fesyen yang mempunyai banyak penggemar. Tampil bergaya dengan fesyen Korea juga boleh membuatkan para hijabers menjadi lebih stylish dan fashionable . Walaupun berhijab, boleh sahaja nak bergaya bak artis Korea, tapi kenalah bijak untuk sesuaikannya. Jika baju tersebut pendek, kenalah sesuaikan dengan seluar ataupun skirt labuh.