Sakit gigi punya sejuta rasa. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja tahu betapa sengsaranya! Jika anda berdepan dengan situasi tersebut, cubalah petua hilangkan sakit gigi yang Mamanet kongsikan ini. Sakit gigi boleh menyerang sesiapa sahaja. Tak kiralah kanak-kanak, para remaja mahupun orang dewasa. Menderita sakit gigi boleh membuatkan kita tidak lena tidur, sakit kepala dan segala aktiviti yang dibuat serba tak kena. Bahkan kita juga jadi cepat marah atau jadi lebih sensitif. Biasanya penyebab sakit gigi adalah kerana adanya bakteria pada gigi yang lama kelamaan membuatkan gigi kita jadi berlubang. Sakit gigi cukup menyeksakan, jadi sebab itulah kita perlu menjaga kebersihan gigi supaya tidak mengalami masalah gigi berlubang. Jika anda tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada saat sakit gigi, anda boleh cuba mengatsinya dengan mencuba beberapa petua hilangkan sakit gigi ini. [btn text=”UNTUK PETUA REDAKAN GIGI BERLUBANG, KLIK...