ANDA SUKA TAHAN BERAK ATAU MEMBUANG AIR BESAR? JANGAN SELALU YA, ADA BAHAYA YANG MENANTI! SAMA JUGA SEPERTI KITA MEMBUANG AIR KECIL (KENCING), MEMBUANG AIR BESAR (BERAK) BOLEH MUNCUL SECARA TIBA-TIBA, TANPA DISANGKA. Kalau berada di rumah atau tempat-tempat yang ok, kita memanglah rasa selamat. Boleh sahaja melunaskan hajat tersebut tanpa sebarang gangguan. Namun, hasrat tersebut pastinya terpaksa disimpan apabila keadaan persekitaran atau tempat untuk kita melunaskan hajat itu agak tidak selesa, sudah pasti kita terpaksa menahannya. Kerap tahan berak ataupun buang air besar boleh memberikan efek negatif pada kesihatan kita. Ketika najis menyentuh bahagian rektrum, itu memang menunjukkan bahawa kita perlu segera mengeluarkannya. BERIKUT ADALAH BEBERAPA BAHAYA KALAU KITA KERAP TAHAN BERAK: NAJIS JADI KERAS Jika tidak segera dikeluarkan, kotoran atau najis akan mengeras dan menjadi semakin sukar untuk dikeluarkan kecuali dengan cara dipaksa. Tent...