Skip to main content

MINUMAN YOGURT PREMIUM, BLISS PLUS UNTUK KEBAIKAN USUS ANDA

Minuman yogurt kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa, Nestlé® BLISS®, kini tampil dengan variasi produk premium baharu yang berkualiti tinggi iaitu BLISS® PLUS, ia diperkuatkan dengan khasiat yang baik untuk usus anda dan banyak lagi.

Sebahagian besar rakyat Malaysia kini mengamalkan gaya hidup aktif di mana mereka berusaha untuk membahagikan masa antara kerja dengan kegiatan peribadi tanpa menjejaskan kesihatan mereka.

Usaha berterusan untuk mengekalkan badan yang sihat di sebalik kesuntukan masa yang mendorong kepada permintaan produk yang memudahkan pengguna.

Ini dibuktikan dengan peningkatan kewujudan produk kesihatan seperti jus perahan segar, bar salad, kedai suplimen kesihatan dan gim. Peminum yogurt adalah di kalangan mereka yang mencari minuman yang diperkaya dengan segala kebaikan lebih-lebih lagi minuman yang membantu sistem penghadaman mereka.

Ketahui 8 cara kempiskan perut dengan pantas.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

minuman yogurt

MINUMAN YOGURT PERTAMA KOMBINASI KULTUR HIDUP DAN INULIN

BLISS® PLUS merupakan minuman yogurt pertama di Malaysia dengan kombinasi kultur hidup (probiotik) dan inulin (prebiotik) untuk kebaikan usus anda serta diperkayakan dengan pelbagai zat buah-buahan yang berkhasiat tinggi (Super Fruits).

Inulin (prebiotik), yang diperoleh daripada akar chicory merupakan bahan penting untuk proses penghadaman. Prebiotik merupakan sejenis makanan yang memberi kesegaran secara menyeluruh untuk bahagian usus anda.

Selain daripada Inulin, BLISS® PLUS juga diperkaya dengan khiasiat kultur hidup, iaitu sejenis prebiotik yang terdiri daripada Lactobacillus Acidophilus, Streptococcus Thermophilus dan yang paling penting Bifidobacterium Lactis yang bertindak menghadamkan makanan untuk penyerapan secara menyeluruh.

“Rakyat Malaysia kini lebih cenderung mencari pilihan yang bijak serta menjalani gaya hidup yang sihat, sehingga sanggup melabur masa dan wang untuk memperoleh produk serta trend kesihatan terkini seperti, jus perahan segar, senaman dan juga mengamalkan diet organik. BLISS® PLUS merupakan minuman yogurt premium yang ideal untuk mereka yang mahukan produk berkualiti tinggi dan sesuai dengan gaya hidup sihat mereka tanpa perlu berkompromi dari segi kebaikan dan rasa untuk usus yang baik,” jelas Pegawai Eksekutif Perniagaan Tenusu Dingin Nestle Malaysia, Wilfrid Foo pada majlis pelancarannya di AEON, Mid Valley Megamall, Petaling Jaya baru-baru ini.

minuman yogurt

Untuk rasa yang hebat dan asli, BLISS® PLUS boleh didapati dalam tiga jenis kombinasi buah-buahan yang sedap serta diperkaya dengan nutrien dan vitamin, iaitu ‘Epal, Delima & Cranberi’, ‘Epal, buah Markisa & Lemon, dan ‘Epal, Beet Merah & Prune’.

Kesemua buah-buahan ini terkenal dengan manfaat semula jadi seperti antioksidan, vitamin, serat dan banyak lagi. Dapatkan minuman yogurt BLISS® PLUS hari ini juga!

Untuk maklumat lanjur lanjut mengenai Nestle® BLISS® PLUS, sila melayari layari https://www.facebook.com/NestleBliss/ & http://www.nestle.com.my/brands/chilled_dairy

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...