Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Habib Jewels

HABIB KEMBALIKAN NOSTALGIA SAMBUTAN AIDILFITRI DI KAMPUNG HALAMAN

Mengimbau kembali kenangan sambutan hari raya di desa, HABIB tampil dengan kempen raya yang berkonsepkan ikatan kekeluargaan yang bertemakan Rantaian Kasih, berlangsung daripada 4 April sehingga 15 Mei 2022 di semua bilik pameran.  Pelancaran kempen Rantaian Kasih ini disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer, diiringi Datin Sri Zarida Noordin selaku Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB di bilik pameran HABIB yang terbesar di Pavilion Bukit Jalil. Berkeluasan 4,414 kaki persegi, bilik pameran ini memuatkan rakan-rakan media, tetamu-tetamu jemputan dan selebriti tanah air bagi memeriahkan suasana. Acara ini menampilkan koleksi hari raya HABIB yang terbaru serta penampilan barisan duta selebriti hari raya. Personaliti jemputan istimewa, Abu Shaef, seorang stylist selebriti Malaysia yang cukup popular turut menambah keterujaan.  Dato Sri Meer memberikan ucapan sempena pelancaran kempen Rantaian Kasih Habib Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer berkata...

KENALI PERMATA SEBENAR HABIB

www.123mamanet.com Di sebalik kejayaan yang terlakar hari ini, terdapat pelbagai kisah suka-duka dan jatuh bangun sebuah syarikat tempatan yang sememangnya menjadi inspirasi kepada semua. Sejarah jenama HABIB bermula pada tahun 1958 apabila pengasasnya iaitu Datuk Haji Habib Mohamed Abdul Latif telah membuka sebuah kedai peruncitan di Jalan Masjid Kapitan Keling. Kawasan tersebut sememangnya terkenal dengan deretan kedai barangan kemas yang menjadi tumpuan orang ramai sehingga digelar ‘Jewellers’ Corner’. Datuk Haji Habib seorang yang berpandangan jauh dan berani untuk tampil berbeza. Keadaan selepas perang dunia kedua begitu mencabar dan beliau memulakan kerjayanya dengan bekerja di kantin pejabat pos Jalan Masjid Kapitan Keling. Bilik pameran pertama HABIB di Pitt Street, Penang Melalui pemerhatiannya, kawasan ini dipenuhi dengan peniaga barangan kemas dan setiap pelanggan yang meninggalkan kedai pastinya diiringi senyuman kegembiraan. Beliau sedar bahawa orang ramai membeli barangan...