Buffet Ramadan 2023 di Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) kali ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional masa silam. Tetamu bakal dihidangkan dengan lebih 100 menu yang cukup menyelerakan! Tema Nostalgia Ramadan menjadi pilihan MHS. Antara hidangan utama tempatan seperti Gulai Lemak Padang Urat Keting, Siakap Berlada Nenas, Rendang Kambing and Daging Hitam Manis. Selain daripada itu, Restoran Royale Songket membawakan pelbagai stesen seperti Salad & Kerabu Warisan, Salai & Panggang, stesen Satay, Kawah-Kawah, Belanga Panas,Selera Sakura, Nasi Kandar, Baazar Hot Selling, Bazaar Minuman and ruangan pemanis mulut. Untuk menambah kepelbagai makanan warisan, stesen Kawah-Kawah pasti menjadi pilihan seterusnya! Variasi gulai seperti Gulai Kawah Daging Bersama Umbut Kelapa, Gulai Kawah Lemak Cili Padi Itik Bersama Rebung, Gulai Kawah Asam Pedas Ikan Bersama Terung. Pengunjung juga boleh menikmati menu Bazaar kegemaran semua seperti Roti John, Briyani Ayam, Pratha, Murtabak Ayam, ...