Skip to main content

Posts

Showing posts with the label anak

TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP CARA MUDAH AJAR ANAK MENABUNG

Sediakan payung sebelum hujan! Menabung, selain berguna untuk masa depan, kebiasaan menabung turut mampu membentuk keperibadian anak! Sebagai ibu bapa kita perlu mendidik atau mengajar anak menabung sejak kecil. Justeru, ini ada berita baik. PPZ-MAIWP telah memperkenalkan Tabung Didik Zakat bagi mendidik anak-anak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat. Tabung Didik Zakat ini boleh dijadikan tempat menyimpan duit terbaik ,selain daripada disimpan di bank-bank dan sebagainya. Menabung dalam Tabung Didik Zakat ini mampu menggalakkan kanak-kanak belajar menguruskan perbelanjaan. Tabung Didik Zakat Ppz-Maiwp Tabung didik ini merupakan salah cara untuk mendidik generasi muda ‘alert’ dengan zakat. Menunaikan zakat itu merupakan satu tuntuan Allah s.w.t kepada seluruh umat Islam yang telah cukup syarat-syarat berzakat. Dengan mendidik dan memperkenalkan cara menjaga kewangan yang baik serta kewajipan berzakat, insya-Allah anak-anak ini akan membesar menjadi peribadi yang lebih bertanggungjawab...

5 MAINAN KANAK KANAK YANG MAMPU MERANGSANG KECERDASAN OTAK ANAK

SELAIN BELAJAR, KECERDASAN OTAK ANAK JUGA BOLEH DIASAH MENERUSI PERMAINAN. PASTIKAN KITA MEMILIH MAINAN KANAK KANAK YANG TEPAT DAN MAMPU MERANGSANG KEMAMPUAN OTAKNYA!   Sekarang ini ada banyak mainan kanak-kanak yang dibuat khas untuk meningkatkan kecerdasan otak anak. Jadi, kita sebenarnya tidak susah untuk memilihnya.   Perkembangan otak terjadi pada setiap peringkat atau tahap usia anak. Ketika bermain, anak akan mempelajari pelbagai perkara baru dan ini merupakan perkara penting untuk menstimulasikan kecerdasan serta tahap perkembangannya.   BERIKUT ANTARA MAINAN KANAK-KANAK YANG DIPERCAYAI DAPAT MENUNJANG KECERDASAN OTAK ANAK:   FLASH CARD Flash card dipercayai sangat efektif untuk membuatkan anak-anak berkembang dengan lebih bijak.   Flash card adalah antara mainan kanak-kanak yang sangat bagus, bermain sambil belajar. Melalui gambar yang tertera di flash anak dapat mengenal huruf, angka, warna, bentuk, haiwan dan sebagainya.   Bermain dengan flash c...

TRAGEDI RAMADAN KE-10 YANG TAK TERDUGA BERLAKU DEPAN MATA

SEMUA ORANG TAK SABAR HENDAK MENANTI KEHADIRAN LEBARAN YANG BAKAL TIBA DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN. BERAYA BERSAMA ANAK-ANAK DENGAN BAJU SEDONDON ADALAH IDAMAN KEBANYAKAN IBU BAPA. NAMUN, MALANG TIDAK BERBAU BAGI IBU BAPA INI. TRAGEDI RAMADAN TELAH MELENYAPKAN KEGEMBIRAAN MEREKA.   Bersama-sama ini 123Mamanet ingin berkongsi kisah duka, pengalaman seorang petugas perubatan di bahagian Kecemasan yang tersiar lewat laman sosial baru-baru ini. TRAGEDI RAMADAN, BEGINI KISAHNYA… Di sini aku nak kongsi dengan korang. Satu kisah sedih yang baru saja berlaku di bulan Ramadan tahun ni. Ya, Ramadan ke-10. Aku harap sangat agar kisah ni boleh dijadikan pengajaran dan iktibar kepada pembaca terutamanya kepada ibu bapa.   Untuk menjelaskan cerita, aku ni bekerja sebagai salah seorang healthcare provider sektor swasta. Aku seorang Penolong Pegawai Perubatan dan sekarang aku bekerja di sebuah lapangan terbang domestik belah utara bahagian perubatan kecemasan.   Tugasan kami merespond setia...

ANAK LANGSUNG TAK MINAT MEMBACA BUKU? CUBALAH 5 TIP MUDAH INI, MANA TAU MENJADI!

Bagi yang minat membaca buku sudah pasti merasakan aktiviti ini cukup menyeronokkan! Banyak perkara yang boleh kita peroleh dari  membaca buku. Bagaimana pula ya kalau anak-anak kita langsung tak minat membaca buku. Aduhai… apa yang perlu kita lakukan? Sebagai ibu, sudah pasti kita akan berasa resah dan bimbang apabila menyedari si kecil kesayangan kita tidak minat membaca buku. Apatah lagi, kita sedia maklum bahawa buku adalah sumber ilmu. Apa akan jadi jika mereka tidak suka membaca buku? Ketahui Rahsia 7 Cara Merangsang Otak Bayi Agar Pintar. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BERIKUT BEBERAPA CARA YANG BOLEH KITA LAKUKAN SUPAYA ANAK MINAT MEMBACA BUKU: BIARKAN ANAK PILIH BUKU YANG DISUKAI Biarpun anak telah belajar teknik membaca di tadika dan sebagainya, teruskan kebiasaan kita untuk membaca bersama-samanya. Biarkan dia memilih buku-buku ke...

AYUH, CAPAI 9 MISI MENIMANG CAHAYA MATA DI TAHUN 2017 INI!

TAHUN 2017 bakal menghampiri pertengahan tahun. Mungkin inilah tahun yang anda tunggu-tunggu untuk menimang cahaya mata! Bagi pasangan TTC = trying to conceive (pasangan yang cuba sehingga hamil) pula, setiap tahun yang berlalu amat memeritkan. Sungguhpun begitu, pasangan TTC, dinasihatkan janganlah terus mengenang kisah 2016. Sebaliknya teruslah melangkah di  2017 ini dengan harapan dan misi yang baru.  BACA: KEKURANGAN KALSIUM UNDANG BAHAYA PADA IBU MENGANDUNG [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BERIKUT ADALAH 9 MISI TTC YANG BOLEH DIJADIKAN INSPIRASI ATAU FOKUS  ANDA PADA TAHUN INI:  SAYA INGINKAN CAHAYA MATA PADA TAHUN INI ! Misi pertama adalah untuk “memprogramkan” minda anda bagi mendapatkan anak  atau cahaya mata pada tahun ini. Suami-isteri perlu duduk berbincang dan mencapai kata sepakat bahawa pada tahun ini akan kedengaran suara bayi ...

5 CARA AJAR ANAK TENTANG KEPENTINGAN BERJIMAT CERMAT

Mengajar anak-anak tentang kepentingan berjimat cermat bukan kerja mudah. Apatah lagi apabila kita sebagai orang tua tidak menjadi role model mereka! Salah satu perkara yang sebaiknya kita lakukan sebagai orang tua adalah mengajar anak-anak supaya hidup berjimat cermat sejak dari kecil lagi. Mengajar kebiasaan anak-anak tentang kepentingan berjimat cermat akan membuatkan mereka belajar untuk tidak boros dan bijak mengelola duit. Sifat positif ini akhirnya akan menjadi sifat bawaan yang dimiliki hingga mereka dewasa kelak. Ada banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mewujudkan gaya hidup berjimat cermat di dalam diri anak-anak. Bagaimana mengajar anak supaya sedar tentang kepentingan berjimat cermat? BACA: CARA JIMAT DUIT PALING MUDAH SETELAH HARGA BARANG MAKIN NAIK [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BEBERAPA CARA MENGAJAR ANAK-ANAK KEPENTI...

WAJIB TAHU! 5 "UBAT KUAT” UNTUK BAKAL PENGANTIN

Sebagai bakal pengantin, sudah tentu kita berusaha untuk menjaga kesegaran badan dengan bersenam dan melakukan diet sihat.  Selain itu, kita juga tidak boleh abaikan untuk menjaga kesihatan diri dengan pengambilan vitamin. Dengan pengambilan vitamin secara teratur boleh meningkatkan daya ketahanan badan dan menjaga stamina ketika majlis berlangsung. Tubuh bakal pengantin akan tetap fit dan tidak nampak lesu atau tidak bermaya ketika bersanding di atas pelamin nanti. BACA: 5 ALASAN KENAPA ANAK MUDA SEKARANG PILIH KAHWIN MUDA [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]     BERIKUT BEBERAPA VITAMIN YANG DISARANKAN DIAMBIL OLEH PARA BAKAL PENGANTIN MENJELANG HARI PERKAHWINAN: MULTIVITAMIN Pengambilan multivitamin sangat bagus untuk meningkatkan daya ketahanan badan. Mana-mana bakal pengantin sedang meniti hari bahagia, jangan lupa mengambil vitamin...

BEST BETUL JADI ANAK BONGSU, KETAHUI 7 KELEBIHAN LUAR BIASANYA!

Dilahirkan sebagai anak bongsu? Anda sememangnya cukup bertuah! Sebagai anak bongsu tentunya kita cukup beruntung kerana biasanya kita akan mendapat banyak perhatian yang melimpah ruah daripada emak ayah dan juga adik beradik yang lain. Sungguhpun sering dilabelkan sebagai anak yang manja atau childish tetapi sebagai anak yang menutup tirai, kita juga mungkin akan dibanding-bandingkan dengan adik beradik ataupun saudara mara yang lain. Apatah lagi, jika anak sulung atau adik beradik kita yang lain mempunyai IQ lebih tinggi dibandingkan dengan kita. Apapun, jangan cemburu, dengki atau sakit hati kerana sebagai anak bongsu kita juga mempunyai banyak kelebihan atau keistimewaan yang luar biasa. Jadi, bersyukurlah ya! BACA: SAMBUT ANAK BANGUN TIDUR, PERLUKAH? [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BERIKUT BEBERAPA KEISTIMEWAAN DARI ANAK BONGSU SENTIASA ...

GILA MEROYAN MAHA DAHSYAT SAMPAI KELAR BAYI

Sudah lama kita tidak mendengar tentang kejadian yang dikaitkan dengan gila meroyan seperti yang berlaku ke atas bayi perempuan yang mati dikelar ibu kandungnya sendiri dua hari lalu. Wanita yang dipercayai menyembelih hingga mati bayi perempuannya semalam, direman seminggu di Wad Psikiatri, Hospital Raja Perempuan Zainab II. Perintah reman terhadap suri rumah berusia 32 tahun tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rusli Ahmad. Tempoh reman berkuat kuasa hari ini sehingga 11 Februari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Hakikatnya ini bukan kes pertama. Sebelum ini banyak kes kematian bayi akibat gangguan emosi ibu dalam masa pantang. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET ” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/” target=”_blank”] BACA: SELAMATKAH LAKUKAN SEKS SEWAKTU HAMIL?   GILA MEROYAN USAH DIPANDANG RINGAN Mengapa boleh berlaku kejadian yang mengerikan ini a...