Skip to main content

AYUH, CAPAI 9 MISI MENIMANG CAHAYA MATA DI TAHUN 2017 INI!

TAHUN 2017 bakal menghampiri pertengahan tahun. Mungkin inilah tahun yang anda tunggu-tunggu untuk menimang cahaya mata!

Bagi pasangan TTC = trying to conceive (pasangan yang cuba sehingga hamil) pula, setiap tahun yang berlalu amat memeritkan.

Sungguhpun begitu, pasangan TTC, dinasihatkan janganlah terus mengenang kisah 2016. Sebaliknya teruslah melangkah di  2017 ini dengan harapan dan misi yang baru. cahaya mata

BACA: KEKURANGAN KALSIUM UNDANG BAHAYA PADA IBU MENGANDUNG

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BERIKUT ADALAH 9 MISI TTC YANG BOLEH DIJADIKAN INSPIRASI ATAU FOKUS  ANDA PADA TAHUN INI: 

  1. SAYA INGINKAN CAHAYA MATA PADA TAHUN INI !

Misi pertama adalah untuk “memprogramkan” minda anda bagi mendapatkan anak  atau cahaya mata pada tahun ini.

Suami-isteri perlu duduk berbincang dan mencapai kata sepakat bahawa pada tahun ini akan kedengaran suara bayi di rumah anda. Bagi pasangan yang masih setia menanti , “masa yang sesuai” itu diwujudkan oleh anda sendiri.

Penantian yang lebih lama tidak semestinya membuatkan perjalanan TTC anda lebih mudah.

Bah kata Albert Einstein (terjemahan dari bahasa Inggeris), “Jika saya ada masalah untuk diselesaikan, saya akan berfikir mengenai masalah itu selama 55 minit dan berfikir tentang jalan solusinya selama 5 minit”.

Ini bermaksud, tempoh menunggu yang lebih lama tidak dapat mempersiapkan diri untuk menimang cahaya mata . Anda harus memulakan perjalanan TTC terlebih dahulu. cahaya mata

  1. TETAPKAN TEMPOH TTC YANG MUNASABAH

Apakah tempoh TTC yang munasabah? Biasanya , tempoh TTC selama 1 tahun disarankan sebelum memulakan ujian fertiliti. Dianggarkan sebanyak 80% pasangan akan hamil dalam tempoh setahun TTC.

Tetapi tempoh ajaib “1 tahun” hanya terpakai bagi pasangan TTC yang tidak mempunyai sebarang faktor kesihatan yang menggurangkan potensi fertiliti mereka.

Sebagai contoh , jika pasangan wanita mempunyai endometriosis atau PCOS (Polycyctic Ovarian Syndrome), pasangan berkenaan patut mendapatkan ujian fertiliti lebih awal.

Jika pasangan lelaki mempunyai masalah fertiliti lelaki, jangan tunggu sampai setahun sebelum mendapatkan rawatan. cahaya mata

  1. BERSIKAP ADIL KE ATAS DIRI SENDIRI

Perjalanan TTC setiap pasangan amat berbeza.Apabila pasangan TTC menempuh halangan, ribuan persoalan melintasi minda mereka.

Bukan itu sahaja, malah mereka juga terpaksa menjawab perbagai soalan dari ahli keluarga dan rakan. Untuk mengelakkan persoalan ini, pasangan mungkin memilih untuk berdiam diri mengenai masalah fertiliti mereka.

Anda mungkin salah satu pasangan TTC berkenaan, tetapi saya ingin menegaskan bahawa itu bukan salah anda! Tetapi anda juga perlu ingat bahawa ‘solusi hanya akan dicari jika ada masalah’.

Ini bererti, anda perlu terlebih dahulu bersikap adil terhadap diri sendiri dengan mengaku bahawa anda mempunyai masalah fertiliti. Selepas itu, inilah masanya untuk bangun dan mencari solusi dengan mendapatkan tips, tunjuk ajar dan rawatan yang sepatutnya.

Kepada semua pasangan TTC , berjanjilah untuk bersikap adil ke atas diri masing-masing pada tahun ini.cahaya mata

  1. BUAT YANG BETUL

Mungkin anda tertanya -tanya , “Apakah yang betul yang perlu dibuat?”

Apa yang betul adalah pasangan TTC perlu membuat komitmen untuk meluangkan lebih banyak masa bersama satu sama lain.

“Bukankah itu yang kami buat setiap hari?”

‘Tinggal di bawah bumbung yang sama’ adalah amat berbeza sekali dengan ‘tinggal bersama’.

Tinggal bersama bererti anda bukan sahaja berada di samping pasangan anda secara fizikal, tetapi meluangkan lebih masa diantara satu sama lain.

Lebih banyak masa anda luangkan bersama suami-isteri, lebih intim hubungan zahir dan batin dan ini secara langsung meningkatkan peluang kehamilan.

Jadi, pada tahun ini , berazamlah untuk meluangkan lebih masa bersama insan tersayang.cahaya mata

  1. MAKAN YANG BETUL DAN MENJAGA KECERGASAN DIRI

Terdapat banyak maklumat di laman web atau majalah mengenai makanan yang seimbang dan anda pasti sudah pernah membaca mengenainya.

Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah badan anda adalah seperti sepohon pokok. Pokok yang sihat akan menghasilkan buah yang baik.

Pokok yang sihat tidak tumbuh dalam sehari tetapi ia perlu dipupuk sejak kecil.

Badan anda juga perlu dipupuk supaya kekal sihat dari segi fizikal dan emosi.Langkah ini bermula hari ini,bukan besok!

Badan dan emosi yang sihat bukan sahaja penting untuk menolong anda hamil, tetapi ia juga penting supaya anda dapat melalui tempoh kehamilan yang sempurna.

Jadi, makanan yang seimbang dapat mengekalkan kesihatan fertiliti supaya badan anda dapat berfungsi secara optimum untuk hamil. cahaya mata

  1. SAYA AKAN MENUKAR CARA HIDUP SAYA

Peluang kehamilan pasangan TTC bergantung kepada tahap kesihatan fertiliti pasangan berkenaan. Semakin berumur seseorang wanita semakin menurun tahap fertilitinya ( dan juga lelaki , tetapi pada kadar yang lebih perlahan).

Penurunan tahap fertiliti yang disebabkan oleh umur tidak dapat diperbaiki. Walau bagaimanapun, beberapa tabiat cara hidup dapat mempercepatkan penurunan tahap fertiliti wanita dan lelaki.

Tabiat yang dimaksudkan adalah merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan dan stres.

Pada tahun ini, anda haruslah berhasrat untuk mengurangkan atau berhenti merokok, janganlah meminum alkohol yang berlebihan dan kurangkan tahap stres anda.cahaya mata

  1. SAYA AKAN MEMULAKAN SESUATU YANG BAHARU

Dalam kehidupan harian kita yang sibuk, setiap perkara berlalu dengan begitu pantas sekali. Kita keluar bekerja sebelum terbit matahari dan hanya pulang setelah mentari terbenam.

Kitaran kehidupan harian yang sebegini akan pasti memberi kesukaran untuk anda hamil.

Tahun ini, anda mesti berhasrat memulakan sesuatu aktiviti yang dapat memberikan anda lebih masa bersama dengan diri sendiri ataupun bersama suami-isteri.

Aktiviti ini mungkin adalah hobi anda yang sudah sekian lama terkubur menanti masa untuk menjelma semula.

Anda juga boleh memilih untuk memulakan kelas senaman seperti aerobik atau yoga. Tujuan memulakan aktiviti ini adalah supaya anda dapat meluangkan lebih masa di luar kerja anda.

Tidakkah anda layak mendapatkannya?cahaya mata

  1. SAYA AKAN MEMANTAU KESIHATAN DIRI SENDIRI

Ambillah langkah proaktif supaya kesihatan diri terjaga. Lakukan pemeriksaan kesihatan tahunan anda.

Selain menjaga makanan dan kecergasan diri, anda juga harus melakukan ujian saringan keatas penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

Penyakit-penyakit ini akan secara langsung menyukarkan peluang anda untuk hamil jika tidak dikawal. cahaya mata

  1. FOKUS 100%

Akhir sekali, pasangan TTC perlu memberi fokus 100% ke atas keinginan untuk menimang cahaya mata pada tahun ini.

Di setiap perjalanan TTC, pasti akan ada gangguan atau halangan. Halangan yang paling besar adalah diri anda sendiri.

Anda perlu menilai semula turutan keutamaan anda dalam hidup ini. Anda perlu mencari keseimbangan di antara kerjaya, kehidupan sosial dan juga keinginan untuk hamil.cahaya mata

Saya pasti, dengan sedikit muhasabah diri sendiri, pasangan TTC akan berjaya mencapai keseimbangan itu. Semoga hasrat anda untuk menimang cahaya mata pada tahun ini akan berjaya!

PENULIS: DR.AGILAN ARJUNAN

[hr]

#Biodata Penulis:

cahaya mataDr. Agilan Arjunan merupakan Pakar Sakit Puan dan Kesuburan (Fertiliti/ IVF). Beliau berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidangnya dan telah berkhidmat di beberapa pusat rawatan fertiliti di Malaysia.

Beliau turut mempunyai kepakaran dalam bidang pembedahan ginekologi laparoskopi. Selain rawatan fertiliti wanita, beliau turut mempunyai minat mendalam bagi rawatan fertiliti lelaki.

Kini, beliau berkhidmat di salah sebuah pusat rawatan fertiliti di Kuala Lumpur. Beliau cenderung menulis artikel pendidikan dalam bidang sakit puan dan fertiliti bagi membantu para pembaca meningkatkan pengetahuan mereka dalam penjagaan kesihatan fertiliti.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...