Umat Islam boleh menunaikan zakat berdasarkan jenis-jenis Zakat Harta iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP, Zakat Saham dan Qadra Zakat. Kesemua zakat ini boleh dilunaskan di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) atau melalui kemudahan perbankan. Untuk maklumat anda, terdapat 6 saluran pembayaran zakat yang mudah iaitu datang terus ke kaunter, bayaran secara online melalui protal PPZ, ejen perbankan, skim Thohir, auto debit maybank dan melalui MyEG. Secara umumnya Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyediakan 11 kaunter zakat PPZ – MAIWP dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang. Selain itu, terdapat kemudahan pembayaran melalui portal zakat.com.my . Terdapat kalkulator zakat pendapatan bagi pengiraan zakat pendapatan dan pembayaran zakat secara online menerusi FPX. Bahkan, bagi memudahkan orang ramai berzakat, PPZ-MAIWP telah menjalinkan kerjasama dengan hampi...