KLINIK PERGIGIGIAN MY DENTAL CARE TAWAR PROMOSI HEBAT SEMPENA PEMBUKAAN CAWANGAN KE-13 DI MEDAN TUANKU, KL
Promosi hebat untuk rawatan gigi di My Dental Care sedang berlangsung selama sebulan (3 September-3 Oktober 2022)sempena pembukaan cawangan yang ke-13 di Medan Tuanku, Kuala Lumpur. MyDental Care adalah cabang perniagaan kesihatan pergigian di bawah MDC Asia Link Berhad (MALB). Klinik Pergigian My Dental Care Medan Tuanku ini juga merupakan cawangan pertama di Kawasan segi tiga emas ibu kota. Ketua Pegawai Eksekutif MALB, Dr Aslan Bacho bersama Ketua Pegawai Operasi MALB yang juga Pakar Pergigian, Dr Zeefitri Saniah Bidin Menurut Ketua Pegawai Operasi MALB yang juga Pakar Pergigian, Dr Zeefitri Saniah Bidin, pembukaan cawangan klinik pergigian terbaharu kumpulan itu bakal mengukuhkan lagi kedudukan My Dental Care sebagai peneraju penyedia perkhidmatan pergigian swasta utama negara. Malahan, ia memudahkan warga kota terutamanya mereka yang bekerja di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan pergigian yang terbaik.Tambahan pula ia merupakan cawangan pertama di segi t...