Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sabun mandian

GUARDIAN CSR “BERSAMA MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN KANAK-KANAK”

Guardian Malaysia hari ini mengumumkan program khidmat masyarakat seluruh negara baharu, “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak” yang bertujuan membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat.    Sebagai sebahagian daripada initiatif #guardiancares, program itu yang akan bermula pada 15 Disember 2022, akan menyediakan produk penjagaan diri, terutamanya mandian badan untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Menurut Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian, ” Di Guardian, kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat. Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah terdedah kepada serangan penyakit kerana keluarga mereka tidak mempunyai sumber, lebih-lebih lagi selepas Covid-19, untuk membeli produk kebersihan ker...

INOVASI TERBARU SHOKUBUTSU UNTUK MELINDUNGI ANDA!

Tidak kira sama ada anda mencari pembersih badan yang menyegarkan dan melembapkan badan atau dengan formula anti-bakteria yang diperbuat daripada bahan tumbuhan semula jadi, inovasi terkini daripada Shokubutsu pasti dapat melindungi kulit anda! Sebagai jenama cecair pembersih badan yang terkemuka, Shokubutsu kini berada di pasaran dengan reka bentuk botol baharu yang unik dan terdiri daripada bahan-bahan dan kelikatan yang dipertingkatkan. Jenama ini turut memperkenalkan rangkaian produk anti-bakteria baharu untuk individu dan keluarga yang mahukan perlindungan anti-bakteria semula jadi atau yang berasaskan tumbuhan. Shokubutsu, yang membawa maksud “kisah tumbuhan” dalam bahasa Jepun, adalah pembersih badan yang dirumuskan di Jepun dan diperbuat daripada 100% bahan pembersih yang berasal daripada tumbuhan. Diilhamkan oleh amalan mandian tradisional, setiap produk Shokubutsu dihasilkan untuk memberikan cara penjagaan kulit dan kesejahteraan secara semula jadi seperti di negara Jepun. En...