Skip to main content

INOVASI TERBARU SHOKUBUTSU UNTUK MELINDUNGI ANDA!

Tidak kira sama ada anda mencari pembersih badan yang menyegarkan dan melembapkan badan atau dengan formula anti-bakteria yang diperbuat daripada bahan tumbuhan semula jadi, inovasi terkini daripada Shokubutsu pasti dapat melindungi kulit anda! Sebagai jenama cecair pembersih badan yang terkemuka, Shokubutsu kini berada di pasaran dengan reka bentuk botol baharu yang unik dan terdiri daripada bahan-bahan dan kelikatan yang dipertingkatkan. Jenama ini turut memperkenalkan rangkaian produk anti-bakteria baharu untuk individu dan keluarga yang mahukan perlindungan anti-bakteria semula jadi atau yang berasaskan tumbuhan.

Shokubutsu, yang membawa maksud “kisah tumbuhan” dalam bahasa Jepun, adalah pembersih badan yang dirumuskan di Jepun dan diperbuat daripada 100% bahan pembersih yang berasal daripada tumbuhan. Diilhamkan oleh amalan mandian tradisional, setiap produk Shokubutsu dihasilkan untuk memberikan cara penjagaan kulit dan kesejahteraan secara semula jadi seperti di negara Jepun.

En. Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn. Bhd.

Menurut En. Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn. Bhd., reka bentuk botol baharu Pembersih Badan Shokubutsu mendapat inspirasi daripada bekas air ki-oke, yang merupakan ciri istimewa onsen Jepun yang secara tradisional digunakan untuk menyimpan air panas. “Reka bentuk botol yang baharu mencerminkan aspirasi kami untuk memberikan pengalaman mandi onsen Jepun di rumah mereka sendiri dengan menggunakan pembersih badan yang memberikan manfaat pembersihan yang sempurna,”  katanya.

“Bagi membantu pengguna memilih cecair pembersih badan kegemaran mereka daripada pelbagai pilihan yang kami sediakan, label produk kami direka dengan warna yang jelas dan mudah untuk dikenali. Bagi memudahkan mereka yang kurang upaya dalam penglihatan, semua botol baharu kami dilengkapi dengan kod Braille supaya mudah dikenali,” tambahnya lagi.

Selain daripada penampilan baharu, Shokubutsu Fresh Body Wash juga merupakan jualan terbaik jenama ini dan kini dipertingkatkan lagi. Varian Clean Fresh kini diperkaya dengan 100% ekstrak protein beras organik, serta asid-asid amino dan vitamin E untuk menyerlahkan semula keserian kulit secara semula jadi. Haruman cecair pembersih badan yang menyegarkan serta tahan lama dapat menenangkan anda dan menghilangkan rasa keletihan setiap kali anda mandi.  Varian Moisture Fresh mengandungi bahan yang sama dan ditambah dengan Minyak Zaitun bagi memberikan khasiat tambahan dan memberi kelembapan untuk kulit yang berseri. Haruman bunga varian ini menenangkan badan dan minda untuk pengalaman mandi yang mewah.

Ketika kulit anda diliputi buih-buih pembersih yang mewah daripada varian Shokubutsu Fresh, nikmatilah perasaan seolah-olah dikelilingi oleh alam semula jadi dengan teknologi milik Shokubutsu “Living Fragrance Technology”. Ia memberikan suasana haruman bunga seolah-olah baru dipetik dari taman bunga dan meninggalkan bau wangi yang kekal pada kulit yang lembut sepanjang hari. 

May Ho

 “Sebagai pengguna setia Shokubutsu Fresh Body Wash sekian lama, saya amat gemar akan pilihan bauan segar dengan adanya produk ini. Setiap kali saya mandi, saya akan merasai suasana yang berbeza seolah-olah saya melalui empat musim yang berbeza apabila menggunakan pilihan sabun yang berlainan setiap hari. Bau cecair pembersih badan ini tidak terlampau kuat namun kekal lama. Saya memang menanti untuk menggunakan Shokubutsu Fresh setiap kali mandi selepas sehari suntuk bekerja!” kata pencipta kandungan May Ho.

Rangkaian Shokubutsu Fresh Body Wash boleh didapati dalam 5 varian dengan ekstrak tumbuhan yang unik: Orange Zest, Sakura Whitening, Green Fresh, Floral Bloom dan Iris Bliss.

Memandangkan peningkatan permintaan bagi penjagaan mandian yang melindungi badan akibat pandemik COVID-19, Shokubutsu memperkenalkan rangkaian Natural Protection Body Wash serba baharu dalam reka bentuk botol yang terkini. Dirumuskan untuk melindungi anda daripada 99.9% kuman dengan bahan anti-bakteria semula jadi, cecair pembersih badan yang diuji secara dermatologi ini sesuai untuk semua jenis kulit berupaya menghapuskan kuman secara berkesan tanpa mengganggu mikrobiome kulit – ekosistem kendalian sendiri yang melindungi flora baik dan mencegah serangan bakteria atau kuman. 

Bahan utama Shokubutsu Natural Protection Body Wash termasuk:

•     100% minyak shiso organik, yang diekstrak daripada benih pokok shiso, sejenis herba yang terkenal di Jepun. Kaya dengan asid lemak omega-3, minyak shiso melembap dan memulihkan sel kulit, melindungi kulit daripada kerosakan luar melalui kuasa antioksida minyak ini.

•     Prebiotik Tumbuhan, yang membantu menambah mikrob kulit yang sihat, mengimbangi mikroflora dan menambah baik keadaan kulit.

•     Gliserin tumbuhan, yang membantu mengekalkan kelembapan kulit selepas setiap mandian.

Rangkaian Shokubutsu Natural Protection Body Wash didapati dalam 4 variasi, Complete Care (dengan Eucalyptus), Refresh & Go (dengan Tea Tree), Energize (dengan Yuzu) dan Aqua Cool (dengan Peppermint & Menthol). Menurut tinjauan Try and Review pengguna-pengguna dalam talian, rangkaian Natural Protection itu diuji di kalangan lebih 200 pengguna dan 9 daripada 10 ibu bersetuju bahawa rangkaian Shokubutsu Natural Protection lembut untuk kulit dan memberikan ketenangan fikiran kepada mereka, kerana ia melindungi keluarga daripada kuman secara semula jadi.

Shima Anuar

Sebagai ibu kepada dua orang anak, Shima Anuar yang juga seorang pelakon sering bimbang akan kebersihan dan keselamatan keluarganya. “Shokubutsu Natural Protection Body Wash bukan sekadar cecair pembersih badan anti-bakteria yang biasa – ia diperbuat daripada 100% bahan pembersih yang berasal daripada tumbuhan. Ini memberikan saya ketenangan fikiran apabila digunakan oleh keluarga saya.”

“Ibu bapa di Malaysia tahu betapa pentingnya untuk menjaga keselamatan keluarga mereka terutama sewaktu pandemik. Shokubutsu memahami keperluan untuk produk yang boleh digunakan tanpa kerisauan dan kebimbangan tentang kualiti dan sumber bahan. Itulah sebabnya rangkaian Natural Protection Body Wash serba baharu mengandungi 100% minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan bagi melindungi dan menjaga kulit anda secara semula jadi. Kini pengguna mempunyai pilihan rangkaian produk anti-bakteria yang lebih baik untuk sekeluarga!” kata Shima.

Semua produk Shokubutsu Fresh Body Wash dan Natural Protection Body Wash adalah bebas daripada paraben, pewarna sintetik dan mikroplastik.

Rangkaian produk Shokubutsu Fresh Body Wash dan Natural Protection Body Wash kini boleh didapati di pasar raya dan farmasi terpilih. Anda juga boleh membuat pembelian secara dalam talian dengan penghantaran ke rumah anda menerusi Lazada atau Shopee.

Ikuti Shokubutsu di Facebook atau Instagram untuk mendapatkan maklumat dan promosi yang terkini!

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .