TAHUN 2017 bakal menghampiri pertengahan tahun. Mungkin inilah tahun yang anda tunggu-tunggu untuk menimang cahaya mata! Bagi pasangan TTC = trying to conceive (pasangan yang cuba sehingga hamil) pula, setiap tahun yang berlalu amat memeritkan. Sungguhpun begitu, pasangan TTC, dinasihatkan janganlah terus mengenang kisah 2016. Sebaliknya teruslah melangkah di 2017 ini dengan harapan dan misi yang baru. BACA: KEKURANGAN KALSIUM UNDANG BAHAYA PADA IBU MENGANDUNG [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BERIKUT ADALAH 9 MISI TTC YANG BOLEH DIJADIKAN INSPIRASI ATAU FOKUS ANDA PADA TAHUN INI: SAYA INGINKAN CAHAYA MATA PADA TAHUN INI ! Misi pertama adalah untuk “memprogramkan” minda anda bagi mendapatkan anak atau cahaya mata pada tahun ini. Suami-isteri perlu duduk berbincang dan mencapai kata sepakat bahawa pada tahun ini akan kedengaran suara bayi ...