Skip to main content

Posts

Showing posts with the label lagu cinta

KELLY AZMAN PERTARUHAN BALADA DALAM LAGU DUSTAKAN CINTA

Penghibur serba boleh, Kelly Azman merancakkan lagi persada industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan single terbaharunya yang berjudul Dustakan Cinta.  Menariknya mengenai single kali ini, ia bukan sahaja merupakan percubaan pertama Kelly dalam membawakan lagu berentak balada malah Dustakan Cinta mempunyai intipatinya tersendiri. Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45 lagu tersebut berkisahkan tentang seorang individu yang sering ditipu dan ditinggalkan keseorangan. “Lagu ini ada kisahnya tersendiri. Lazimnya, kita sebagai manusia biasa sering ditinggalkan dan ditipu oleh pihak tertentu tanpa mengirai jantina. Cinta itu pula suka untuk saya tafsirkan sebagai simbolik kasih sayang di antara dua individu. Jadi lagu, ini boleh diibaratkan seperti kasih sayang yang telah didustakan” kata Kelly Tambah Kelly, dia akui berasa teruja untuk berkongsi karya terbaharunya itu yang merupakan ciptaannya sendiri bersama komposer terkenal, Mohariz Yaakup. Manakala, liri...