Skip to main content

KELLY AZMAN PERTARUHAN BALADA DALAM LAGU DUSTAKAN CINTA

Penghibur serba boleh, Kelly Azman merancakkan lagi persada industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan single terbaharunya yang berjudul Dustakan Cinta. 

Menariknya mengenai single kali ini, ia bukan sahaja merupakan percubaan pertama Kelly dalam membawakan lagu berentak balada malah Dustakan Cinta mempunyai intipatinya tersendiri.

Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45 lagu tersebut berkisahkan tentang seorang individu yang sering ditipu dan ditinggalkan keseorangan.

“Lagu ini ada kisahnya tersendiri. Lazimnya, kita sebagai manusia biasa sering ditinggalkan dan ditipu oleh pihak tertentu tanpa mengirai jantina. Cinta itu pula suka untuk saya tafsirkan sebagai simbolik kasih sayang di antara dua individu. Jadi lagu, ini boleh diibaratkan seperti kasih sayang yang telah didustakan” kata Kelly

Tambah Kelly, dia akui berasa teruja untuk berkongsi karya terbaharunya itu yang merupakan ciptaannya sendiri bersama komposer terkenal, Mohariz Yaakup. Manakala, lirik juga ditulis oleh Kelly bersama NJ/KR.

“Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kongsikan buah tangan terbaharu kepada mereka yang mengikuti perkembangan saya. Terasa teruja dengan penghasilan lagu ini kerana ia merupakan ciptaan saya sendiri selain mendapat sentuhan karya daripada mereka yang hebat dan berpengalaman” kata Kelly

Lagu yang mula dirakamkan pada Julai dan siap sepenuhnya pada September itu turut mempunyai sebuah video muzik yang menceritakan perjalanannya. Bercerita mengenai proses rakaman video muzik tersebut, menurut salah seorang juri All Together Now itu ia telah dirakamkan di Genting Highlands.

Meskipun mengalami kesukaran pada awal penggambaran berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, Kelly bersyukur kerana semuanya telah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh yang dirancang.

“Sebenarnya masa awal penggambaran terdapat beberapa masalah tertentu seperti saya dimaklumkan jalan untuk ke Genting Highland akan ditutup selain cuaca juga yang tidak menentu.

Tetapi saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan dan cuaca sepanjang di sana juga seperti kena dengan emosi lagu ini. Sebagai contoh ada babak tertentu, saya perlu terkena hujan dan secara kebetulan ketika itu memang hujan turun,”katanya lagi

Harapan Kelly, lagu ini akan terus membawa pengenalan dirinya sebagai seorang penghibur serba boleh. Bukan sahaja ingin dikenali sebagai pengacara dan pelakon,malah dia juga mahu juga ingin menggunakan peluang yang ada untuk dikenali sebagai seorang penyanyi sekaligus mewarnai industri seni tanah air.

Untuk rekod, lagu ini telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital bermula 21 Oktober yang lalu manakala video muzik boleh ditonton menerusi YouTube MVM Music pada 3 November 2022, jam 9 malam.

Dustakan Cinta merupakan terbitan dan edaran sepenuhnya oleh MVM Production Sdn Bhd.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .