Kehadiran kumpulan penyanyi wanita, Dolla semakin diterima dalam industri tanahair. Sedar tak sedar, sudah enam single dilancarkan sebelum kemunculan single terbaru Dolla LOOK AT THIS ini. Kumpulan Dolla yang dianggotai Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby aktif menyanyi sejak tiga tahun lalu. Antara lagu yang berjaya menambat hati para pendengar ialah Makes You Wanna, Impikan, Watch Me Glow, Raya Raya Raya, Berani dan Bad. Sejak awal kemunculan mereka, pelbagai kejayaan telah diraih sehingga nama kumpulan ini terus dikenali ramai. Dolla telah muncul berduet bersama Naim Daniel menerusi lagu ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Aku Buat’. Artikel Lain: Chef Faez Tauke Nasi Arab Mahu Jadi Artis Pada 28 Januari lalu, DOLLA turut sama memeriahkan Seen Festival in Kuala Lumpur 2023 bersama bintang telah memeriahkan Seen Festival in Kuala Lumpur 2023 bersama bintang sensasi K-Pop antarabangsa iaitu NCT Dream, WayV, KARD dan ALICE “Kami merasa sangat bangga apabila diba...