Sekarang ni banyak betul produk serum yang terjual di pasaran . Sayangnya tak semua wanita yang tahu apa itu serum dan apakah kebaikan serum yang sebenarnya. Kebanyakan wanita beranggapan bahawa serum adalah bentuk pelembab atau moisturizer yang mahal.Okaylah supaya anda semua lebih faham tentang penggunaan serum dan bagaimana efeknya terhadap kulit wajah, dikongsikan rahsia kebaikan serum ini. Sekurang-kurangnya sebelum anda terpengaruh untuk membeli dan menggunakannya anda sudah tahu serba sedikit tentang manfaat pemakaiannya. [btn text=”KETAHUI CARA PAKAI SERUM DENGAN BETUL. KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”http://123mamanet.com/cara-betul-pakai-serum-muka/” target=”_blank”] Apa itu Serum dan Kebaikan Serum? Serum adalah produk yang mampu merawat kulit dan mampu melembabkan kulit dengan bahan-bahan yang kuat. Serum mengandungi molekul kecil yang dapat meresap ke dalam lapisan kulit terdalam da...