Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sahur

15 RESEPI RAMADAN DAN RAYA UNTUK ANDA DARIPADA AYAM BRAND™

AYAM BRAND™ TAMPIL DENGAN MISI KHAS MENAMBAH RASA, KESIHATAN DAN WARISAN KE DALAM RESEPI RAMADAN DAN RAYA ANDA!   Terkenal dengan rangkaian produknya yang sihat, mudah dan bebas bahan pengawet, Ayam Brand™ memeriahkan sambutan bulan Ramadan dan Raya keluarga anda dengan tema “Kami Prihatin, Kami Adalah Sekeluarga” (We Care, We Are Family), sempena ulang tahunnya yang ke-125.   Sebagai satu jenama yang fokus dengan nilai-nilai kekeluargaan, rasa, kesihatan dan kemudahan, Ayam Brand™ telah menghasilkan 15 pilihan resepi yang sihat, lazat dan mudah untuk anda menceriakan ahli keluarga serta rakan-rakan pada musim perayaan ini.     RESEPI RAMADAN DAN RAYA UNTUK KESIHATAN DENGAN SANTAN DAN IKAN Sambutan bulan Ramadan dan Syawal kali ini akan meneroka kebaikan semula jadi santan serta sensasi rasa yang baru dengan Santan Kelapa Ayam Brand ™ yang bebas bahan pengewat, pewarna, perasa tambahan atau ‘Mono Sodium Glutamate’ (MSG).   Lemak tepu ...

6 SOLUSI BIJAK SUPAYA KITA LEBIH MUDAH BANGUN SAHUR

BUKAN SEMUA DI ANTARA KITA YANG SENANG BANGUN SAHUR. APATAH LAGI KALAU KITA JENIS ORANG YANG SUKA BERJAGA SAMPAI LEWAT PAGI.   Makan sahur adalah sunnah. Selain menjadikan kita lebih bertenaga dan bersemangat, bersahur juga memberikan kita kesempatan untuk meraih pahala.   Kadang-kadang bukan kita sengaja untuk melambatkan sahur, tetapi disebabkan tak sedar. Tau-tahu sahaja dah kesiangan dan waktu sahur pun dah habis!  Supaya situasi itu tidak berulang lagi, semak beberapa tip dari Mamanet ini. Paling penting, anda sempat menjamah kurma, minum air kosong, jus atau susu.     BERIKUT ENAM SOLUSI UNTUK LEBIH MUDAH BANGUN SAHUR: PASANG NIAT Memasang niat adalah perkara pertama yang perlu kita lakukan dalam setiap perkara yang kita buat.   Sebelum tidur, kita kenalah pasang niat untuk bangun lebih awal. Niat akan membuatkan seluruh badan dan jiwa kita seakan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang.   Dengan niat yang bersungguh-sungguh, sudah pasti kita boleh bangun sahu...

RESEPI AYAM MASAK MERAH TERLAJAK SEDAP

RESEPI AYAM MASAK MERAH INI BOLEH DIJADIKAN ALTERNATIF LAUK YANG SEDAP UNTUK HIDANGAN BERBUKA PUASA ATAUPUN BERSAHUR.   Rasanya yang sedikit pedas, manis dan sedikit masam bakal menambat selera kita ketika berbuka puasa nanti. Rempahnya yang meresap sempurna hingga ke serat daging menambahkan lagi keenakan Resepi Ayam Masak Merah Terlajak Sedap ini.   Cukup nikmat apabila dimakan bersama nasi panas. Sesuai untuk yang sering tak lalu makan.   BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK RESEPI AYAM MASAK MERAH TERLAJAK SEDAP INI: Seekor ayam, dicuci bersih, potong beberapa bahagian mengikut citarasa sendiri 1 sudu besar serbuk kunyit 1 sudu kecil garam halus 1 biji bawang Bombay (dipotong bulat) 6 biji bawang merah (dikisar halus) 3 ulas bawang putih (dikisar halus) 5 sudu besar cili kering(merah, dikisar halus) 2cm halia (dikisar halus) 3 sudu besar sos chili 3 sudu besar sos tomato 2 biji tomato (dicincang kasar) 2 sudu kecil gula pasir. 2 batang serai (ambil bahagian putih dan ketuk-ketukkan) 2...

RESEPI PAJERI NENAS HIDANGAN LAZAT SEISI KELUARGA WAKTU BERBUKA ATAU SAHUR

KALI INI DAPUR MAMANET BERKONGSI RESEPI PAJERI NENAS YANG MERUPAKAN MAKANAN UNIK MASYARAKAT MELAYU.   Ada pelbagai variasi masakan pajeri tetapi yang paling popular dan cukup digemari adalah Pajeri Nenas dan Pajeri Terung.   Sama ada Pajeri Terung ataupun Pajeri Nenas, kedua-duanya mempunyai aroma dan citarasa yang tersendiri. Apatah lagi setelah ditambah dengan rempah ratus, penyedap masakan dan sebagainya. Rasanya memang terangkat!   Anda harus mencuba Resepi Pajeri Nenas ini dan untuk membuatnya, sebiji buah nenas yang segar serta beberapa bahan serta rempah pilihan diperlukan.   Untuk membuatnya tidak terlalu sukar, tetapi kita perlu sabar serta teliti dalam penyediaan dan menumis bahan-bahannya bagi mendapatkan hasil masakan yang lazat dan memuaskan hati.   Tambahan pula rasa nenas yang masam masam manis yang berbaur dengan kepedasan cili serta rempah pasti memikat selera! BERIKUT RESEPI PAJERI NENAS Bahan-bahan yang diperlukan: * Sebiji nenas manis, dibersihkan dan dipotong deng...

KIMBALL SEDIAKAN RESEPI HIDANGAN SAHUR YANG MUDAH, BERKHASIAT DAN LAZAT UNTUK IBU-IBU SIBUK

RAMADAN MERUPAKAN BULAN PALING SIBUK BUAT PARA IBU KERANA MEREKA PERLU MENYEDIAKAN HIDANGAN BERSAHUR DAN BERBUKA UNTUK KELUARGA.   Bagi ibu yang pertama kali menyediakan sahur untuk anak-anak kecil, timbul kebimbangan sama ada hidangan yang disediakan itu mampu memberi tenaga secukupnya kepada mereka sepanjang hari dan sesuai untuk anak yang cerewet dan pilih makanan.   Namun, perkara yang paling membimbangkan ialah adakah makanan itu dapat disediakan dan dinikmati sebelum waktu sahur berakhir.   Kimball, jenama produk kulinari rakyat Malaysia dengan warisan melebihi 40 tahun memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu Melayu, termasuk terpaksa bangun awal pagi semasa bulan Ramadan untuk menyediakan hidangan sahur.   Oleh itu, Kimball memberikan penyelesaian untuk hidangan sahur yang mudah dan lazat supaya ibu-ibu mempunyai lebih masa untuk menemani keluarga.   HIDANGAN SAHUR PERTAMA BUAT SI KECIL Bagi seorang ibu berkerjaya dengan tiga orang anak, Pn Nur Yusniz...