Skip to main content

RESEPI AYAM MASAK MERAH TERLAJAK SEDAP

RESEPI AYAM MASAK MERAH INI BOLEH DIJADIKAN ALTERNATIF LAUK YANG SEDAP UNTUK HIDANGAN BERBUKA PUASA ATAUPUN BERSAHUR.

 
Rasanya yang sedikit pedas, manis dan sedikit masam bakal menambat selera kita ketika berbuka puasa nanti. Rempahnya yang meresap sempurna hingga ke serat daging menambahkan lagi keenakan Resepi Ayam Masak Merah Terlajak Sedap ini.
 
Cukup nikmat apabila dimakan bersama nasi panas. Sesuai untuk yang sering tak lalu makan.
 Resepi Ayam Masak Merah

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK RESEPI AYAM MASAK MERAH TERLAJAK SEDAP INI:

Seekor ayam, dicuci bersih, potong beberapa bahagian mengikut citarasa sendiri
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam halus
1 biji bawang Bombay (dipotong bulat)
6 biji bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
5 sudu besar cili kering(merah, dikisar halus)
2cm halia (dikisar halus)
3 sudu besar sos chili
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato (dicincang kasar)
2 sudu kecil gula pasir.
2 batang serai (ambil bahagian putih dan ketuk-ketukkan)
2 kuntum bunga lawang dan 4cm kulit kayu manis (untuk menumis)
Minyak masak untuk menggoreng.
250 ml santan
 Resepi Ayam Masak MerahResepi Ayam Masak MerahResepi Ayam Masak Merah

CARA MEMASAKNYA:

Lumur ayam yang sudah siap dipotong dan dibersihkan. Sebaiknya rendam seketika dengan air perahan limau nipis atau kasturi untuk membuang hanyir ayam. Toskan.
 
Kemudian gaul dengan  kunyit dan garam sehingga rata.
 
Panaskan minyak dan goreng ayam seketika, separuh masak. Kemudian toskan minyak.
 
Boleh juga gunakan kuali yang sama, tetapi kurangkan sedikit minyaknya.
Setelah itu, tumis bawang Bombay sehingga layu. Kemudian masukkan bunga lawang, kayu manis, dan serai.
 
Kemudian masukkan pula bawang merah,bawang putih dan halia yang telah dikisar halus tadi sehingga berbau wangi.
 
Masuk cili giling, sos cili, sos tomato. Kacau sehingga rata dan tumis selama dua minit dengan api yang sederhana besar.
 
Setelah itu, masukkan tomato yang sudah dicincang kasar tadi.Biarkan sehingga ia menjadi hancur. Tuang santan, kacau sehingga mendidih.
Resepi Ayam Masak Merah 
Seterusnya masukkan ayam goreng tadi, garam dan gula. Kacau sehingga ayam goreng itu berbaur sebati. Masaklah sehingga kuah surut dan pekat.
 
Kalau dah siap, rasa dulu. Jika sudah cukup rasa masin, manis dan masamnya, bolehlah tutup api dan angkat untuk segera dihidangkan.
 Resepi Ayam Masak Merah
Itulah beberapa langkah mudah Resepi Ayam Masak Merah yang boleh anda cuba. Rasaya cukup lazat. Selamat mencuba!

 

Foto: Carian Internet

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .