Kulit kusam dan tidak terjaga sering menjadi masalah sebahagian wanita. Salah satu cara untuk menutupi kekurangan tersebut adalah dengan memakai mekap tebal. Penggunaan mekap tebal tentunya akan menjadi lebih sukar untuk dibersihkannya. Tindakan yang tidak betul ketika membersihkan mekap tebal boleh meninggalkan kesan buruk pada muka. Jadi, jangan malas untuk membersihkan mekap, terutama jika memakai mekap tebal. Proses meremajakan kulit muka akan terganggu jika sisa-sisa mekap terus melekat pada muka ketika sedang tidur. Ini adalah kerana pori-pori muka tidak mendapat oksigen, yang mana pada akhirnya pori-pori tersumbat disebabkan tertutup oleh mekap tebal yang masih melekat di kulit muka. Membersihkan muka setelah seharian memakai mekap, tak kira tebal atau nipis sangat penting dan perlu betul-betul bersih. Antara lain efek yang tidak baik bagi kulit selain pori-pori tersumbat dna menjadi besar jika tidak membersihkan mekap, kulit muka menjadi ke...