INGIN TAMPIL LEBIH BERGAYA DI HARI RAYA NANTI? PILIHLAH HIJAB ATAU TUDUNG SATIN. IA ADALAH ITEM HIJAB YANG MAMPU MEMBERIKAN EFEK GLAMOUR KERANA MATERIALNYA YANG BERKILAUAN. Sungguhpun begitu, ramai di antara kita yang sering mengeluh ketika memakainya kerana ia cenderung susah dibentuk, licin dan cepat berkedut. Untuk lebih kemas apabila memakai tudung jenis ini kita perlukan jarum peniti sebagai penahannya. Di samping itu, pemakaian anak tudung atau inner dapat membantu membentuk tudung dengan mudah. BEBERAPA JENIS TUDUNG SATIN YANG SEBAIKNYA KITA KETAHUI SATIN SILKY Satin jenis ini lebih berkilat daripada satin lain. Di bawah pantulan lampu atau cahaya, material satin jenis silky ini kelihatan lebih berkilat atau bersinar sehingga meninggalkan kesan yang sangat mewah buat si pemakaiannya. Tudung ini memang sesuai kalau kita gayakan sewaktu menghadiri majlis perkahwinan, majlis formal dan juga ketika beraya. SATIN SUTERA Biasanya satin sutera jenis i...