Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cacat

6 SOLUSI PALING PENTING UNTUK MENCEGAH PENYAKIT STROKE

STROKE TIDAK MENGENAL USIA DAN JANTINA. JADI ADALAH LEBIH BAIK KITA DAPAT MENCEGAH PENYAKIT STROKE INI DARIPADA TERPAKSA MERAWATNYA. Penyakit ini tidak boleh dipandang enteng kerana stroke boleh menyebabkan kualiti hidup kita yang menderitanya jadi menurun. Stroke bukan sahaja boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kecacatan kekal, bahkan mengundang maut. BERIKUT IALAH 6 SOLUSI PALING PENTING U UNTUK MENCEGAH PENYAKIT STROKE KAWAL STRESS Stress merupakan salah satu faktor utama dari stroke , hipertensi, penyakit jantung, diabetis dan penyakit-penyakit lain.  Jadi, adalah sangat penting bagi kita untuk mengawal stress dan perasaan rungsing yang membawa kepada tekanan dalam diri. Ramai orang yang  terkena penyakit ini disebabkan stress . Jadi, untuk mencegahnya  belajarlah untuk meneruskan perjalanan hidup dengan sihat dan bahagia. Kehidupan bahagia perlu dicipta dan tidak akan datang dengan sendirinya. Menikmati kehidupan bahagia merupakan cara terbaik untuk menghindari kita dar...

KEKURANGAN KALSIUM UNDANG BAHAYA IBU MENGANDUNG DAN BAYI

Kalsium merupakan salah satu unsur penting yang wajib ada dalam menu makanan ibu mengandung sepanjang kehamilan. Kekurangan kalsium boleh mengundang bahaya kepada ibu dan bayi. Kalsium sangat bermanfaat untuk pertumbuhan tulang janin. Jika pengambilan kalsium sepanjang masa kehamilan tidak mencukupi, janin akan mula mengambil kalsium dari tulang ibunya, sehingga membuatkan si ibu berisiko terkena osteoporosis . Kalsium boleh didapati dari makanan yang dinikmati pada setiap hari. Antara makanan yang kaya dengan kalsium ialah produk susu, daging, sayur-sayuran hijau, ikan salmon, buah-buahan kering, kacang-kacangan, bijirin dan telur. Bagi ibu mengandung yang vegetarian boleh memperoleh kalsium dari sumber kalsium non -haiwan atau suplemen kalsium. Pada tempoh kehamilan, kalsium sangat diperlukan terutama di trimester kedua dan ketiga. Ini adalah kerana pada ketika ini janin mula berkembang dengan pesat berbanding sebelumnya. Kepantasan pertambahan berat badan bayi juga akan meningkat. J...