UNTUK MEMBAKAR KALORI YANG ADA DALAM BADAN MASA CUTI HUJUNG MINGGU, KITA TIDAK SEMESTINYA PERLU KE GYM. BOLEH SAHAJA BERSENAM DI RUMAH SAMBIL KITA MELAKUKAN KERJA-KERJA DAPUR! Selagi kita tak malas dan punya keinginan yang kuat, tentu sahaja aktiviti membakar kalori ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Secara tak langsung, bukan sahaja kesihatan kita menjadi lebih baik, bahkan rumah kita pun jadi lebih bersih! Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan diri bagi membantu mengurangkan kelebihan lemak dan gula dalam badan. Bermakna buat kerja-kerja rumah pun kita boleh jadi kurus! ANTARA AKTIVITI MEMBAKAR KALORI YANG BOLEH DILAKUKAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU DI RUMAH MENGEMOP LANTAI Aktiviti ini bagus untuk menguatkan bahagian atas dan bawah badan. Mula-mula kita kena selesaikan kawasan yang paling teruk atau kotor sekali terlebih dahulu sebelum berpindah untuk membersihkan bahagian yang tak berapa kotor. Posisi merangkak sewaktu kita me...