BADAN KITA SEMEMANGNYA MEMERLUKAN GULA UNTUK MENAMBAH ENERGI DALAM BADAN. TETAPI KALAU KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM BADAN TAK ELOK JUGA. BOLEH KENA DIABETIS! Hurmm… bukan penyakit diabetis sahaja tahu, kadar gula tinggi juga boleh memberikan memberikan gangguan kesihatan yang lain. Jadi, jangan pandang remeh ya. Pengambilan makanan yang tinggi gula akan membuatkan hormon bertindak balas pada badan kita seperti gelombang. Oleh sebab itulah ketika kita mengambil terlalu banyak makanan yang tinggi kandungan gulanya, naik-turun gula darah juga akan turut dipegaruhi oleh naik-turunnnya energi kita. BERIKUT BEBERAPA EFEK GULA TINGGI DALAM BADAN YANG PATUT KITA KETAHUI: BADAN CEPAT PENAT & LESU SEPANJANG HARI Walaupun kita tidak melakukan sebarang aktiviti berat, tetapi kita akan menjadi cepat penat apabila kandungan gula dalam badan kita tinggi. Sel-sel dalam badan tidak berdaya untuk mengisi energi yang sesuai dengan keperluaan. Ini bermakna energi kita tidak terlalu ban...