RIBENA GALAKKAN RAKYAT MALAYSIA BERIKAR UNTUK RAIKAN DETIK BERMAKNA BERSAMA TERSAYANG MELALUI KEMPEN "TIMELESS GOODNESS, TIMELESS BONDS"
Sempena pelancaran kempen Kebaikan Sepanjang Masa, (Timeless Goodness, Timeless Bonds Campaign) Ribena memperkenalkan #RibenaBondingPledge untuk menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa mencipta kenangan bermakna bersama teman dan keluarga. Kehidupan ini penuh dengan detik-detik indah yang sukar untuk dilupakan, seperti hubungan rapat antara seorang ibu dan anak perempuannya, atau saat bergurau senda bersama teman-teman – itulah yang memberikan anda rasa ketenangan, perasaan itulah yang sering kita alami, seperti ketika sedang menikmati kelazatan Ribena. Namun, dalam kesibukan kita setiap hari, saat-saat istimewa ini selalu kita abaikan. Inilah tujuan kempen Ribena dilancarkan – bagi mengingatkan rakyat Malaysia untuk sentiasa meraikan detik-detik indah bersama walau sesibuk mana pun kita. Dengan kelazatan rasa Ribena dan kebaikan semula jadinya, ia menjadi pemangkin sempurna untuk sama-sama menyertai kempen ini. Sasaran kempen ini adalah untuk meraikan hubungan d...