Skip to main content

NIKMATI DETIK GEMBIRA KEHIDUPAN DENGAN RANGKAIAN TERBARU RIBENA SIMPLY STRAWBERRY

Jika anda mengidamkan minuman berperisa buah-buahan dan boleh menghilangkan dahaga, boleh cuba rangkaian minuman Ribena Simply Strawberry yang menyegarkan ini!

Rangkaian Ribena Simply Strawberry memberikan cetusan rasa strawberi yang enak, berjus dalam setiap hidangan. Sesuai diminum sejuk, Ribena Simply Strawberry adalah minuman penghilang dahaga yang mengandungi kebaikan semula jadi Strawberi Eropah!

Selain daripada itu, minuman ini kaya dengan vitamin C dan tidak mengandungi pemanis tiruan, menjamin hidangan yang enak dan sihat untuk anda dan orang yang anda sayangi. 

“Rangkaian Ribena Simply Strawberry menandakan usaha pertama Ribena untuk menerokai perisa selain daripada perisa blackcurrant yang sinonim dengan kami,” jelas Ketua Pemasaran Minuman, Suntory Baverage & Food Malaysia Sdn Bhd, Lam Hui Min. “Ribena disukai ramai kerana rasanya yang hebat dan padat dengan Vitamin C, yang mana semua itu telah meletakkan Ribena di suatu tempat yang istimewa di dalam hati rakyat Malaysia.

“Kini, kami gembira kerana dapat meluaskan lagi penawaran rangkaian kami dengan rasa baharu yang menarik, supaya lebih ramai lagi orang dapat menikmati kebaikan Ribena. Dengan Simply Strawberry, para pengguna boleh menikmati detik gembira dalam kehidupan dengan rasa strawberi yang semula jadi, enak dan menyegarkan,” ujar beliau.

Sama ada anda mencampurkan kordial ini ke dalam segelas air sejuk yang menyegarkan untuk dikongsi dengan orang yang tersayang atau menikmati sendiri rasa beri yang padat dengan kebaikan, Ribena Simply Strawberry BAHARU ini sememangnya sesuai untuk semua gaya hidup!

Rangkaian terbaru ini terdiri daripada kordial Ribena 1 Liter, yang mana hanya satu hidangan (200ml) sudah cukup untuk memenuhi 100% keperluan vitamin C harian kita, sesuai untuk dikongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Manakala minuman Ribena Strawberry sedia diminum (RTD) didatangkan dalam tiga saiz hidangan iaitu botol 450ml, pek ceria 330ml dan paket 200ml, masing-masing berharga RM3.40, RM2.90 dan RM1.60.

Pastikan Yang Merah dan Rebut Peluang untuk Menang

Keenakan beri yang menggembirakan tidak terhenti setakat di sini sahaja! Ribena juga sedang mencari 30 pemenang bertuah menerusi pertandingan istimewa  “The Best Strawberry Moments” di Instagram.

Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu memuat naik foto bertemakan warna merah strawberi terbaik ke dalam profil Instagram awam anda dengan kapsyen kenapa anda perlu memenangi Ribena Simply Strawberry.

Jangan lupa untuk tag @RibenaMalaysia dan memasukkan tanda pagar: #RibenaSimplyStrawberry dan #SimplyBerryJoyful. Foto paling kreatif akan membolehkan anda memenangi bekalan kordial 1L Ribena Simply Strawberry untuk selama 3 bulan!

“Detik gembira dalam kehidupan datang dengan cetusan rasa Ribena Simply Strawberry. Memandangkan selama ini Ribena telah menjadi jenama isi rumah di Malaysia menerusi varian blackcurrant kami, tahun ini kami menambahkan keseronokan baharu untuk musim perayaan ini,” tambah Hui Min.

“Dengan rangkaian Simply Strawberry ini, kami berharap untuk menambah cetusan keenakan beri ke dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, memberikan sesuatu yang sangat bermakna dan menggembirakan untuk dikongsi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga, jelas beliau lagi.

Nikmati sendiri detik gembira dengan keenakan rasa strawberi hari ini! Rangkaian Ribena Simply Strawberry baharu yang menyegarkan boleh didapati di semua pasar raya AEON dan Lotus’s di seluruh Malaysia, serta di 99 Speedmart dan Shopee Malaysia!

Untuk mendapatkan berita terkini daripada Ribena, sila kunjungi platform Facebook dan Instagram mereka di @RibenaMalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...