Skip to main content

Posts

Showing posts with the label KAUNTER

JOM CARI PAHALA DUNIA, KEJAR SAHAM AKHIRAT!

Pilihan hidup sentiasa di tangan kita. Bergantung kepada kebijaksaan dan kekuatan iman kita dalam memilih jalan hidup di dunia ini. Mahu mengejar kenikmatan duniawi sahaja atau mahu seiring mengejar saham  akhirat! Ada yang kata, jika kita memilih tujuan hidup untuk akhirat, insyaAllah kita akan memperoleh kebahagian di akhirat dan di dunia. Sebaliknya jika memilih duniawi, maka kita hanya akan memperoleh sebahagian kenikmatan dunia dan saham kita di akhirat nanti bagaikan tin kosong, yang tidak memberikan apa-apa makna. Proses mengeluarkan zakat adalah asas kesempurnaan dan ketakwaan kita sebagai seorang muslim dalam melaksanakan kewajipan menunaikan salah satu daripada rukun Islam kelima. Membayar zakat wajib dilakukan jika telah cukup syarat-syaratnya. Kaunter Di Buka Sepanjang Disember Justeru itu, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah membuat pelbagai inisiatif bagi menggalakkan umat Islam membayar zakat mereka sebelum tahun 2018 berakhir.An...