Portal majalah Harian Wanita, 123mamanet.com telah mengadakan projek AMAL (CSR) bersama MBSA dalam Program Eco-Free Market, sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan. Acara ini telah berlangsung pada 14 Oktober 2018 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Program ini merupakan salah satu usaha 123mamanet.com yang bernaung di bawah syarikat Penerbitan Dea Marissa Resources (DMR) untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya buat anak-anak yatim, anak-anak asnaf dan ibu tunggal sekitar Shah Alam. Antara Dif-Dif Kehormat yang turut serta sempena Program Hari Tanpa Kenderaan dan Eco Free Market tersebut adalah Pegerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor Iaitu Y.B. Puan Dr. Siti Mariah Mahmud, Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haji Ahmad Zaharin Mohd Saad Dan Ramai Lagi Exco Lain. Pihak yang memerlukan telah beratur sejak awal pagi sebelum dilepaskan oleh Datuk Bandar. Masing-masing dibekalkan 10 k...