Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kek

“RAYA PENUH-PENUH’ INISIATIF TERBAIK BAKE WITH YEN

Rangkaian pembekal bahan bakeri No. 1 di Malaysia, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia, khasnya baker atau individu yang membuat kek dan kuih bagi menikmati musim perayaan ini sepenuhnya. Selepas melalui pelbagai kawalan dan sekatan pergerakan selama dua tahun, rakyat Malaysia kini boleh meraikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang lebih meriah, seperti tahun-tahun sebelum – dengan berbuka puasa bersama, kembara merentasi sempadan untuk pulang ke kampung halaman dan paling utama, memasak dan menyediakan pelbagai juadah serta kuih-muih untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang.  Memahami kepentingan ini, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia, khasnya baker atau individu yang membuat kek dan kuih untuk menikmati musim perayaan ini sepenuhnya dengan seruan lantang “Raya Penuh-Penuh”.  Inisiatif yang diadakan termasuk program “Jimat Penuh-Penuh” yang menawarkan barangan asas da...

Raikan Hari Krismas Bersama Keenakan Desserts Daripada Elevete Patisserie

Dah pernah try desserts enak daripada Elevete Patisserie? Jika masih terasa asing dengan jenama patisserie tempatan, anda patut mengenali dan merasakan keenakan dessert-nya! Bersempena sambutan hari Krismas tidak lama lagi, Evelete Patisserie telah mempersembahkan pelbagai jenis kek Krismas untuk dinikmati. Bermula 1 Disember 2020 lalu, para pencinta pencuci mulut boleh membeli dan menikmati pelbagai jenis kek Krismas tersebut. Ceriakan hari insan-insan tersayang dengan  Elevete Patisserie Christmas Stacked Brownies  penuh dengan hiasan Krismas dan buah-buahan sebenar.  Elevete Patisserie Santa’s Little Hats ,  kek mini unik untuk kanak-kanak dan orang dewasa juga. Selain daripada pencuci mulut yang menarik untuk dipilih, Elevete Patisserie tetap berpegangpada perayaan Krismas dengan pencuci mulut yang seperti  Elevete Pat...

RESEPI BROWNIES MUDAH DAN SEDAP

JIKA ANDA PENGGEMAR BROWNIES, JANGAN TERAGAK-AGAK UNTUK MENCUBA RESEPI BROWNIES YANG CUKUP MUDAH DAN SEDAP INI.   Rasanya yang manis dan berwarna coklat pekat tentu sudah dapat membuatkan kita terbayang akan keenakan brownies. Jika teringin untuk membuatnya dan tidak tahu resepi dan juga cara untuk membuatnya, dikongsikan Resepi Brownies.   RESEPI BROWNIES YANG SEDAP DAN MUDAH     BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN: 85 gram tepung naik sendiri 150 gram gula pasir 15 gram serbuk koko (Van Houten) 50 gram kacang gajus (dikisar kasar) – jika suka 100 gram coklat masakan (Dark Compound Chocolate) 100 gram mentega 2 biji telur ayam (gred A) 1 sudu kecil esen vanilla   CARA MEMBUATNYA: Cairkan coklat masakan dan mentega dengan cara double boiler sehingga meleleh. Ketepikan dan biarkan seketika sehingga sejuk.   Setelah itu, pukul telur bersama gula pasir sehingga mengental, kemudian tambahkan esen vanilla. Kacau lagi sehingga berbaur sebati.     Atur kepantas...

RESEPI KEK SPAN PANDAN GEBU GEBAS!

WALAUPUN CUKUP MUDAH UNTUK MENDAPATKAN KEK SPAN PANDAN INI, NAMUN TAK ADA SALAHNYA JIKA KITA MEMPELAJARI CARA MEMBUATNYA.   Lagipun bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek span pandan ini juga sangat senang diperoleh. Boleh didapati di pasaraya ataupun supermarket berhampiran dengan tempat tinggal kita.   Bagi mendapatkan kek span pandan yang mengembang sempurna dan bertekstur gebu, pastikan kita menggunakan telur berada di suhu ruangan yang baik.   Jangan gunakan telur yang baru sahaja kita keluarkan dari peti sejuk. Di samping itu, pukul telur sehingga betul kembang, kemudian barulah dicampur dengan bahan-bahan yang seterusnya.   Lagi satu perkara, pastikan kita telah memanaskan oven atau ketuhar terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan kek yang hendak dibakar.   Kek span pandan yang sudah siap untuk dibakar sebaiknya tidak dibiarkan terdedah terlalu lama kerana ia boleh membuatkan adunan jadi menurun dan bantat ketika masak. RESEPI KEK SPAN PANDAN ...

Buah Kurma Pilihan Utama Coffee Bean & Tea Leaf®

KEENAKAN buah kurma menjadi pilihan utama Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) dalam promosi edisi terhadnya, khusus untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan.