Skip to main content

Buah Kurma Pilihan Utama Coffee Bean & Tea Leaf®

buah kurmaKEENAKAN buah kurma menjadi pilihan utama Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) dalam promosi edisi terhadnya, khusus untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan.

Keenakan buah kurma dalam ‘Chocolate Pistachio Mousseline Cake’ dan ‘Lumberjack Cake’ 

Jalinkan kemesraan bersama keluarga dan orang tersayang di bulan Ramadan ini dengan berbuka puasa bersama sambil menikmati juadah yang menyelerakan. The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) menggabungkan hidangan tradisi zaman buah kurma yang berkhasiat dalam hidangan dua kek yang enak – ‘Chocolate Pistachio Mousseline Cake’ dan ‘Lumberjack Cake’ – serta biskut ‘Coconut Date Cookies’ dan dua minuman ‘single origin’ untuk merangsang deria rasa.      

 

“Setiap musim memberikan peluang baharu untuk memperluaskan inovasi tanpa melupakan kepentingan elemen tradisional dan menjalinkan kemesraan. The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) amat teruja untuk berkongsi resepi edisi terhad ini untuk meraikan musim istimewa ini di Malaysia,” kata Cik Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

 

BACA INI

 

Bagi penggemar kekacang, ‘Chocolate Pistachio Mousseline Cake’ pastinya menjadi pilihan utama dengan rasa manis dan masin krim pistachio mousseline, dihiasi dengan mousse coklat gelap. Peminat kelapa pula akan menyukai ‘Coconut Date Cookies’ ataupun ‘Lumberjack Cake’ dengan epal rangup dan buah kurma yang dihiasi dengan karamel kelapa. Bukan saja ianya lazat, buah kurma juga membekalkan serat dan mineral yang menyihatkan, menambah semula khasiat selepas seharian berpuasa.

 

Setelah menikmati hidangan, bersantai dengan haruman manis dan perisa madu-kekacang ‘Panama Single Origin Coffee Bean’ atau bauan lembut ‘Noori Tea Garden Single Origin Tea’, tea hitam premium pekoe.

 

Bermula sekarang sehingga 1 Julai, anda juga akan menikmati promosi diskaun 20% apabila anda menempah kek istimewa 1.5kg ini secara dalam talian – dapatkan ‘Chocolate Pistachio Mousseline Cake’ dengan harga RM92.00 dan ‘Lumberjack Cake’ dengan harga RM78.40!

 

Apa Yang Anda Patut Tahu Tentang The Coffee Bean & Tea Leaf®

 

The Coffee Bean & Tea Leaf® ditubuhkan di California Selatan sejak 1963 dan ia merupakan perniagaan kopi dan teh hak milik persendirian yang tertua dan terbesar di Amerika Syarikat.  Syarikat ini terkmemuka dalam membekalkan dan menyediakan bahan dan citarasa terbaik dari seluruh dunia berhasrat untuk menghubungkan pelanggan setia mereka dengan produk yang dihasilkan dengan penuh teliti.

 

Selama lebih daripada 50 tahun, The Coffee Bean & Tea Leaf® telah mempamerkan kesungguhan terhadap inovasi produk dengan minuman The Original Ice Blended® sebagai contoh keunggulannya. Syarikat ini telah berkembang menjadi ikon antarabangsa dan kini mempunyai lebih 1000 restoran di 30 negara

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...