Skip to main content

Posts

Showing posts with the label gemuk

ELAK MAKAN 6 JENIS MAKANAN INI KETIKA BERDIET

Jika anda sedang berdiet, ada beberapa jenis makanan yang perlu dihindari bagi mencapai hasrat anda untuk kurus! Sewaktu berdiet kita sememangnya perlu memilih makanan yang tidak boleh menggagalkan diet kita. Kita kena ingat, bukan semua jenis makanan yang kita makan itu bagus untuk diet. Jenis makanan yang paling perlu kita hindari ialah makanan yang mempunyai kalori  tinggi dan mengandungi lemak yang tinggi. Lagipun makanan ini bukan sahaja menyebabkan kegemukan. Malahan kebanyakannya tidak bagus untuk kesihatan jangka panjang kita apabila diambil secara berterusan dalam tempoh lama. BERIKUT BEBERAPA JENIS MAKANAN YANG PERLU DIPANGKAH SEPANJANG KITA MENJALANI PROSES DIET: NASI PUTIH Nasi putih perlu kita elakkan kerana mengandungi karbohidrat yang tinggi sehingga boleh menyebabkan kadar gula kita meningkat. Jika mahu menikmati nasi, pililah. Kalau kita sedang berdiet lebih elok jika kita menggantikan nasi putih dengan beras perang atau bijirin gandum. MAKANAN BERLEMAK Makanan berlema...

KETAHUI 5 PUNCA STRETCH MARK DAN SOLUSI MENGATASINYA

Apa punca munculnya stretch mark (regangan berlebihan pada kulit) pada bahagian tubuh kita seperti di atas perut, paha, payudara dan juga punggung?   Kesan regangan yang pada mulanya berwarna merah jambu atau ungu, lama kelamaan akan berubah menjadi warna putih atau kelabu, bergantung pada warna kulit seseorang.   Masalah stretch mark ini bukan sahaja dialami oleh wanita mengandung. Jadi, adalah lebih baik jika kita ketahui punca stretch mark dan cara untuk mengatasinya.   Beberapa Punca Stretch Mark   Mengandung Ramai ibu mengandung yang keliru dan beranggapan stretch mark ini muncul disebabkan tabiat suka menggaru di perut atau paha. Sedangkan rasa gatal tersebut timbul sebagai petanda awal munculnya stretch mark.   Ketika kulit meregang dengan cepat akibat anggota badan mengembang, lapisan tengah kulit akan menipis sehingga lapisan di bawahnya muncul ke permukaan. Keadaan inilah yang dikatakan stretch mark. Obesiti Pertambahan berat badan secara mendadak bole...

RISAU SEBAB TERLALU KURUS? CUBALAH 5 CARA CEPAT GEMUK!

Ternyata masalah berat badan bukan hanya sebab gemuk, tetapi juga bagi kita yang memiliki badan yang kurus. Ketahui rahsia cepat gemuk dengan membaca artikel ini sampai habis!   Biasanya orang yang kurus lebih sukar memiliki bentuk badan ideal kerana kita akan nampak kurus kerempeng!   Sungguhpun ingin menambah berat badan, tetapi kita kena juga tahu cara yang tepat atau betul. Lagipun untuk mencapai misi bentuk badan yang ideal kita perlu meningkatkan massa otot dan bukannya menambah lemak!   Di samping itu, kita yang berbadan kurus juga perlu tahu apa penyebabnya yang membuatkan kita jadi begitu. Kenal pasti penyebabnya, mungkin disebabkan metabolisme tubuh, faktor genetik dan sebagainya. Berikut Beberapa Cara Cepat Gemuk Yang Boleh Dicuba 1. Makan Dengan Teratur Kekurangan pengambilan makanan atau gaya makan yang tidak teratur boleh menajdi penyebab utama mengapa badan kita menjadi kurus.   Antara cara cepat gemuk yang perlu dipraktik, makanlah secara teratur tiga...

MALU PAYUDARA BESAR? CUBA CARA MENGECILKAN PAYUDARA PALING BERKESAN INI!

Bagi yang mempunyai ukuran payudara yang agak besar dan nampak kendur sudah pasti mencari tip atau cara mengecilkan payudara. Mempunyai payudara yang terlalu besar juga boleh menimbulkan beberapa masalah pada tubuh. Sakit belakang kerap dialami oleh wanita yang berpayudara besar. Ini adalah kerana adanya tekanan pada tulang belakang yang lebih besar. Lipatan pada kulit bawah payudara juga akan menimbulkan kegatalan. Bukan itu sahaja, ada ramai wanita yang mempunyai payudara besar juga berasa tidak selesa, malu serta hilang keyakinan diri. Ada banyak faktor yang menyebabkan ukuran payudara lebih besar. Salah satunya adalah faktor berat badan. Berat badan yang berlebihan boleh membuatkan ukuran atau saiz payudara kita menajdi lebih besar. Kemungkinan, ada banyak lemak yang tersimpan di kawasan tersebut. Oleh sebab itulah apabila kita mempunyai kelebihan berat badan,bermakna kita perlu berusaha untuk menurunkan berat badan. Di mana ukuran payudara akan susut seiring dengan penurunan berat...

5 TIP WUJUDKAN PERASAAN SAYANG TERHADAP DIRI SENDIRI WALAUPUN ANDA RASA TAK LAWA DAN GEMUK!

Bagaimana kita boleh menyayangi diri sendiri kalau kita tak ada perasaan sayang terhadap diri sendiri? Menyayangi diri sendiri bukanlah suatu proses yang mudah. Sebaliknya ia memerlukan proses yang cukup panjang. Ada ramai wanita yang berbadan besar atau gemuk hilang keyakinan diri, sehingga membuatkannya stres. Sehinggakan ada yang sampai membenci diri sendiri! Tak perlulah jadi seperti itu. Ini bukan zamannya lagi. Kita perlu keluar dari belenggu tersebut dan mengharungi suka duka kehidupan di dunia ini dengan fikiran yang lebih positif. LAKUKAN LIMA CARA BERIKUT INI SUPAYA KITA ADA PERASAAN SAYANG YANG LEBIH TERHADAP DIRI SENDIRI KENA BERFIKIRAN POSITIF Jika kita berfikir bahawa diri kita kurang menarik, mula dari saat ini hentikannya! Berterusan berfikiran negatif seperti itu hanya akan membuatkan kita jadi bertambah benci kepada diri sendiri. Perkara ini tentunya akan membawa kita pada tekanan atau depresi. Ingat tau, wanita yang mengalami depresi akan membuatkan kecantikannya sem...

Cara Buat Salad Buah Untuk LULUS Diet Anda

Salad buah bukan sahaja enak malah menyihatkan tubuh anda. Salad buah merupakan desert yang cukup digemari oleh ramai orang. Mamanet pun turut menggemarinya. Jadi, sebab itulah berusaha mempelajari cara buat salad buah ini.