Apakah cara terbaik untuk goda suami di bilik tidur? Kenakan baju tidur seksi merupakan trik paling mudah dan berkesan yang boleh dilakukan oleh para isteri sekalian untuk menggoda suaminya selain beraksi manja-manja! Tidak semua wanita yang bergelar isteri benar-benar memahami betapa pentingnya memakai baju tidur atau lingerie seksi. Rekaan dan potongan yang cukup ‘hot’, dianggap tidak sesuai buat kebanyakan wanita terutama bagi isteri-isteri yang pemalu. Sekiranya selama ini anda hanya tidur dengan memakai baju kelawar atau T-shirt yang digandingkan bersama kain batik, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mengubah gaya berpakaian tersebut. Cuba ingat balik, bilakah kali terakhir anda berpakaian seksi di hadapan suami ketika di bilik tidur? Jika sudah terlalu lama atau tidak pernah, inilah peluang terbaik untuk goda suami dengan mengenakan baju tidur seksi. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.co...