Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kek pandan

RESEPI KEK SPAN PANDAN GEBU GEBAS!

WALAUPUN CUKUP MUDAH UNTUK MENDAPATKAN KEK SPAN PANDAN INI, NAMUN TAK ADA SALAHNYA JIKA KITA MEMPELAJARI CARA MEMBUATNYA.   Lagipun bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek span pandan ini juga sangat senang diperoleh. Boleh didapati di pasaraya ataupun supermarket berhampiran dengan tempat tinggal kita.   Bagi mendapatkan kek span pandan yang mengembang sempurna dan bertekstur gebu, pastikan kita menggunakan telur berada di suhu ruangan yang baik.   Jangan gunakan telur yang baru sahaja kita keluarkan dari peti sejuk. Di samping itu, pukul telur sehingga betul kembang, kemudian barulah dicampur dengan bahan-bahan yang seterusnya.   Lagi satu perkara, pastikan kita telah memanaskan oven atau ketuhar terlebih dahulu sebelum memasukkan adunan kek yang hendak dibakar.   Kek span pandan yang sudah siap untuk dibakar sebaiknya tidak dibiarkan terdedah terlalu lama kerana ia boleh membuatkan adunan jadi menurun dan bantat ketika masak. RESEPI KEK SPAN PANDAN ...