Sempena Piala Dunia 2022 yang kini semakin hangat dan dinanti-nantikan ini, Mister Potato memeterai perjanjian dengan NR Sports untuk melantik Neymar da Silva Santos Júnior sebagai duta baru Mister Potato. NR Sports adalah syarikat yang menguruskan imej bintang bola sepak. Dikenali ramai sebagai Neymar Jr, beliau dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak paling berbakat dalam generasinya. Pemain Brazil ini telah dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Amerika Selatan Terbaik sebanyak dua kali dan beliau telah membantu pasukannya menjulang 13 kejuaraan sejak ke Paris Saint-Germain pada 2017, termasuk Liga Perancis (Ligue 1) sebanyak empat kali dan Piala Perancis sebanyak tiga kali. Neymar Jr mempunyai ramai pengikut, iaitu sejumlah 179 juta pengikut di Instagram dan mengendalikan sebuah pertubuhan bukan keuntungan – iaitu Instituto Projeto Neymar Jr, projek sosial yang berusaha membantu kanak-kanak, anak-anak muda dan keluarga mereka di Brazil. Kerjasama baharu ini – Mister Potato x NR...